Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Facebook, Twitter, forum HardwareZone diarah buat notis pembetulan

Platform didapati telah siarkan kenyataan palsu berhubung varian Covid-19 yang kononnya berasal di sini
May 21, 2021 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG berkaitan berita palsu Singapura telah digunakan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu respons kepada kenyataan tular dalam talian yang mendakwa terdapat varian baru Covid-19 yang berasal dari negara ini.



Menteri Kesihatan Ong Ye Kung telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan satu arahan pembetulan ke atas Facebook, Twitter dan forum HardwareZone, milik SPH Magazines, kata MOH dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi semalam (20 Mei)



Platform-platform tersebut perlu mengeluarkan notis pembetulan kepada kesemua pengguna mereka di Singapura.



"Kementerian Kesihatan (MOH) sedar terdapat kenyataan palsu tular dalam talian oleh beberapa syarikat media dan platform media sosial yang mendakwa bahawa varian baru Covid-19, yang sebelum ini tidak diketahui, berasal dari Singapura dan/atau risiko merebak ke India dari Singapura," katanya.



MOH menambah tiada varian baru Covid-19 Singapura dan juga tiada bukti bahawa sebarang varian Covid-19 yang "amat bahaya untuk kanak-kanak."



"Jenis yang dikesan dalam kebanyakan kes Covid-19 di Singapura dalam beberapa minggu ini merupakan varian B16172 yang berasal dari India," tambahnya lagi.



Awal minggu ini, kedua-dua MOH dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) telah mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan seorang ahli politik di India mengenai varian baru itu.



Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal dalam satu hantaran Twitter dalam bahasa Hindi, menggesa pemerintah India untuk membatalkan penerbangan dengan Singapura.



Beliau mendakwa "sejenis korona baru" dari negara ini mungkin telah menyebabkan gelombang jangkitan ketiga di India.



Komen beliau telah dilaporkan di beberapa syarikat berita termasuk Hindustan Times dan NDTV, sebuah syarikat penyiar di India.



MOH berkata dalam satu kenyataan pada Selasa lalu bahawa tiada kebenaran terhadap dakwaan beliau sementara MFA menjelaskan bahawa ia "kesal dengan kenyataan yang tiada buktinya" yang dibuat Encik Kejriwal di media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >