PENANGKAPAN seorang lelaki berusia 51 tahun kerana merancang menyertai kegiatan pengganasan hanya beberapa bulan selepas seorang belia ditangkap atas sebab yang sama ialah satu peringatan bahawa pengaruh ideologi pelampau tiada batasan usia.
Demikian menurut naib pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, seorang penolong profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).