APABILA mendapat tahu beliau akan terlibat dalam satu persembahan teater mengenai pengganasan, Cik Ulfahzatul Tysha Sher Zaman bimbang sama ada persembahan itu akan membuat beberapa pihak tersinggung.
"Saya agak risau skripnya mungkin sensitif kepada pihak tertentu. Ini kerana skrip pementasan itu mungkin mengaitkan isu pengganasan dengan satu bangsa atau satu agama," kata pelakon Theatre Today berusia 24 tahun itu.