Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Fahami keadaan kewangan, keperluan sebelum jual, beli kereta

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



SEDANG premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dijangka terus meningkat dan kekal tinggi, orang ramai harus memahami keadaan kewangan mereka dengan baik sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta atau tidak ketika ini.



Dan sekiranya mereka memutuskan untuk membeli kereta, mereka harus mempertimbang jenis kereta yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet mereka - sama ada kereta baru, kereta terpakai yang belum melebihi usia 10 tahun dan masih mempunyai nilai dalam bentuk rebat Yuran Pendaftaran Tambahan Pilihan (Parf) atau kereta berusia lebih 10 tahun yang telah diperbaharui COEnya.



Bagi pemilik kereta yang sedang mempertimbang untuk menjual kereta mereka, pemilik syarikat kereta Mohamed Taifoor Motoring (MTM), Encik Mohamed Taifoor Mohamed, berkata adalah penting mereka meneliti kedudukan kewangan mereka termasuk jumlah hutang kereta mereka dengan bank, harga pasaran kereta mereka serta berapa kerap mereka gunakan kereta itu.



Selepas itu, barulah mereka boleh membuat keputusan sama ada untuk menjual sahaja atau menjual dan membeli kereta lain.



"Bagi mereka yang nak beli kereta terpakai saja, kalau ada bajet, mereka boleh beli kereta terpakai yang ada Parf, yang berusia bawah 10 tahun.



"Kalau keadaan kewangan belum kuat, mereka boleh mempertimbang kereta yang sudah diperbaharui COE, yang berusia lebih 10 tahun kerana mereka tak perlu keluarkan wang tunai yang banyak nanti," ujar beliau.



Pemilik syarikat kereta Doktor Kereta, Encik Ismail Haji Yusof, pula berkata permintaan bagi kereta peralihan, atau kereta dengan baki tempoh COE sekitar dua tahun, di kalangan pelanggannya juga lebih tinggi sekarang.



Dikenali sebagai kereta peralihan, Encik Ismail berkata ini lebih sesuai bagi mereka yang mungkin belum mantap kedudukan kewangan mereka untuk belajar menyesuaikan diri dengan perbelanjaan kereta itu bagi tempoh yang pendek, berbanding terus komited kepada tempoh yang lebih lama sekiranya membeli kereta terpakai yang lebih baru.



"Permintaan bagi kereta terpakai ini, lebih-lebih lagi tinggi menjelang Ramadan dan Syawal tidak lama lagi, dengan lebih ramai orang menghubungi kami dan membuat tempahan awal.



"Dan sekarang kereta yang baru masuk saja (ke bilik pameran), ia akan cepat dibeli pelanggan," ujarnya.



Namun, beliau turut menarik perhatian pertimbangan utama sebelum membeli kereta, iaitu bayaran pendahuluan atau jumlah wang tunai yang diperlukan untuk membeli kereta sebelum mendapatkan pinjaman.



Misalnya kalau pelanggan bersedia membayar sebanyak $10,000 bagi pendahuluan 30 peratus, harga kereta yang mereka boleh beli adalah sekitar $33,000.



Oleh itu bagi mereka yang tidak mempunyai dana yang banyak untuk diketepikan buat bayaran pendahuluan itu, Encik Ismail menyarankan mereka memilih kereta Parf dengan baki tempoh COE yang sedikit atau kereta yang telah diperbaharui COE.



Dealer di sini juga menjangkakan permintaan tinggi bagi kereta terpakai ini terus meningkat dengan premium COE dijangkakan terus naik dan kekal tinggi.



Bagi pengasas syarikat kereta Gynacarlogist, Encik Farehan Hussein, lebih ramai orang menghubunginya untuk membuat pertanyaan sejak tender COE baru-baru ini mungkin kerana mereka hendak membeli sebelum tender akan datang.



"Pernah saya baru beli dua kereta terpakai dan pada hari yang sama, kedua-duanya dijual. Begitu tingginya permintaan bagi kereta terpakai sekarang.



"Harga kereta terpakai juga dijangka terus naik dan sebab itulah ada yang ingin segera dapatkan kereta terpakai sekarang sebelum ia naik lagi," ujarnya.



Namun menurut Encik Farehan, beliau tetap berusaha memahami keperluan bakal pembeli sebelum menjual kereta kepada mereka supaya ia sesuai dengan bajet serta penggunaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >