Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahami langkah perketat perjalanan masuki SG

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN terdapat langkah tambahan yang diumumkan bagi sekatan perjalanan untuk memasuki Singapura, Cik Hannan Ismail, 25 tahun, yang kini menetap di Saudi Arabia, memahami bahawa tindakan tersebut adalah penting untuk menjaga keselamatan orang ramai.



Beliau memahami mengapa Singapura memperketatkan syarat pra-keberangkatan Covid-19 bagi pelancong yang memasuki atau transit melalui Singapura mulai 11.59 pada Khamis malam.



Mulai 9 September, semua pelancong ke Singapura dari negara Kategori II, III dan IV perlu mengemukakan ujian pra-keberangkatan Covid-19 negatif yang diambil dalam masa 48 jam sebelum berangkat ke Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan kelmarin.



Sebelumnya, syaratnya adalah ujian itu harus dilakukan dalam tempoh 72 jam sebelum perjalanan.



Ini bagi mereka yang memasuki Singapura dari negara Kategori III dan IV.



Kategori II adalah negara yang mempunyai mereka yang mempunyai profil risiko Covid-19 yang serupa dengan Singapura, manakala kategori III dianggap berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19.



Kategori IV adalah tempat tinggal yang berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19.



Mengulas mengenai proses kembali ke Singapura semasa tempoh cutinya pada bulan Jun tahun ini, pelajar yang menyambung pengajian Sarjana di Universiti King Saud dalam bidang pengajian Islam berkata ia agak sukar.



Dengan tempoh masa ujian PCR yang dipendekkan, ia mungkin akan menyukarkan beliau sekiranya beliau ingin pulang ke Singapura.



"Di sini bukan semua klinik buka 24 jam setiap hari, ada yang tutup pada hujung minggu. Jadi sekiranya hari yang saya berangkat adalah hujung minggu atau awal minggu, mungkin mencabar mendapatkan ujian PCR.



"Masa 48 jam ini amat singkat masanya," jelas beliau.



Menurut MOH, Croatia, Mesir, Finland, Malta, Belanda, Poland, Arab Saudi dan Sweden, yang sebelumnya dalam Kategori IV, kini berada di Kategori III.



Pelancong dari negara-negara Kategori III yang diberi vaksin sepenuhnya boleh memohon untuk memilih untuk tidak memenuhi SHN 14 hari mereka di kemudahan khusus, dan melakukannya di tempat kediaman masing-masing.



Ini dibolehkan jika mereka berada di negara mereka selama 21 hari sebelum perjalanan mereka ke Singapura, dan mengasingkan diri sendiri atau dengan anggota keluarga yang sama.



Pelancong yang tidak divaksinasi atau tidak memenuhi syarat di atas perlu mengasingkan diri dalam kemudahan SHN khusus.



"Ketika situasi global berkembang, kita akan terus menyesuaikan langkah-langkah sekatan perjalanan kita seiring dengan peta jalan kita untuk menjadi negara yang bertahan terhadap Covid," kata seorang jurucakap MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >