Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahami pesakit dimensia bantu pulih hubungan keluarga

Dec 09, 2018 | 05:30 AM



SETIAP kali Cik Salmah (bukan nama sebenar) diundang tinggal bersama anaknya, beliau berasa seolah-olah dirinya menjadi beban kepada anaknya itu.



Beliau akan duduk seorang diri dalam bilik, sementara anaknya menonton televisyen di ruang tamu.



Di samping itu, beliau juga tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah ketika berada di sana, bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.



Kelamaan Cik Salmah merasakan anaknya itu tidak peduli tentang kesejahteraanya.



Namun, sebenarnya anaknya itu tidak tahu bagaimana menjaga seseorang yang menghidap penyakit dimensia kata Pengarah Eksekutif dan Pengasa Pusat Brahm, Cik Angie Chew yang mengetengahkan realiti sebenar yang dihadapi keluarga pesakit dimensia.



Beliau berkongsi pengalamannya semasa berucap di acara pelancaran Pusat Brahm@MacPherson di Blok 55 Pipit Road semalam.



Pusat itu antara lain menawarkan khidmat mendekati masyarakat dan mendidik mereka tentang penyakit dimensia dan bagaimana menjaga pesakit dimensia.



Hadir sebagai tetamu terhormat dalam majlis pelancaran itu ialah Presiden Halimah Yacob dan Anggota Parlimen (AP) MacPherson, Cik Tin Pei Ling.



Ketika memberikan ucapannya, Puan Halimah berkata penyediaan khidmat yang diberikan, seperti di Pusat Brahm, kepada pesakit kesihatan mental dapat membantu meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental melalui penglibatan masyarakat.



"Keadaan kesihatan mental dapat memberi kesan yang ketara kepada mutu kehidupan seseorang.



"Oleh itu, perkhidmatan yang menyediakan pendekatan penjagaan holistik dan sokongan untuk mereka yang mempunyai keadaan kesihatan mental adalah penting.



"Inisiatif seperti yang ditawarkan oleh Pusat Brahm secara proaktif mendekati masyarakat, dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang keadaan kesihatan mental dan menggalakkan tingkah laku dan keinginan mencari dan memperolehi maklumat mengenai kesihatan," kata Puan Halimah.



Puan Halimah akur bahawa dengan sokongan yang diberikan kepada pesakit kesihatan mental, ia dapat membantu dalam proses pemulihan mereka.



"Dengan memanfaatkan khidmat yang sedia ada, ia dapat membantu meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental menerusi penglibatan masyarakat.



"Sebagai contoh, kerjasama antara pihak berkepentingan seperti pesakit, sektor penjagaan sosial danukarela serta perniagaan tempatan, boleh membantu membangunkan rangkaian tempatan untuk mengendalikan latihan dan menyelaraskan intervensi, selain meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental kepada masyarakat," kata Puan Halimah lagi.



Sejak ditubuhkan pada 2012, Pusat Brahm telah membantu memperbaiki kehidupan lebih daripada 12,000 pesakit.



Dalam pada itu, mereka mengendalikan sesi forum pendidikan kesihatan mingguan secara percuma, di samping perkhidmatan sokongan kepada pesakit dan penjaga mereka, perkhidmatan pemeriksaan demensia dan kaunseling, serta program kesedaran kepada orang awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >