Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi: Gaji pekerja pembersihan wajar dinaikkan, terutama semasa pandemik

May 23, 2021 | 05:30 AM



GAJI pekerja pembersihan wajar dinaikkan sedang mereka memainkan peranan lebih penting dalam pandemik ini dengan kerja pembersihan yang dipertingkat, kata Anggota Parlimen (AP) gerakan buruh, Encik Fahmi Aliman.



Beliau melahirkan rasa positif tentang perkembangan terkini untuk menyokong pekerja bergaji rendah dan langkah yang bakal diambil untuk meningkatkan bantuan bagi golongan ini.



Dalam satu wawancara dengan Berita Harian/Berita Minggu, Encik Fahmi berkata pandemik ini telah meningkatkan kesedaran orang awam mengenai peranan yang dimainkan pekerja dalam perkhidmatan sektor penting, temasuk pekerja pembersihan.



"Terdapat keperluan bagi kita untuk terus memupuk kesedaran agar orang ramai akan terus menyokong pekerja perkhidmatan penting kerana mereka kerja keras di barisan depan.



"Kerja pembersihan kini dipertingkat. Orang lain mungkin boleh kerja di rumah tetapi mereka tidak boleh buat demikian," kata Encik Fahmi, AP GRC Marine Parade.



Beliau merupakan Pengarah, Operasi dan Mobilisasi, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), jawatan yang disandangnya sejak sekitar setahun lalu.



Dalam ucapan Rapat Hari Pekerja baru-baru ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah memberi bayangan lebih banyak usaha akan diumumkan untuk menolong pekerja bergaji rendah.



Pemerintah sedang bekerjasama dengan majikan dan gerakan buruh untuk meluaskan Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak sektor seperti makanan dan runcit.



Lebih banyak rancangan lain sedang diusahakan, dan Encik Lee akan menyentuh tentang rancangan ini dalam Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos ini.



Sementara itu, usaha kini juga terus dipertingkat untuk menggalakkan pembeli khidmat untuk menggunakan pendekatan kontrak berdasarkan hasil bagi mendapatkan khidmat dalam sektor seperti pembersihan.



Kontrak itu menetapkan hasil perkhidmatan dan dinilai lebih menyeluruh, dengan mutu diutamakan berbanding harga.



Pendekatan ini bertujuan memastikan pembeli khidmat tidak memperoleh khidmat itu berdasarkan harga dan bilangan pekerja sahaja, yang boleh menjejas gaji pekerja.



Kesemua kontrak pemerintah melibatkan khidmat pembersihan kini merupakan kontrak berdasarkan hasil, dan 30 peratus kontrak daripada industri pembersihan, termasuk sektor pemerintah dan privet, kini menggunakan kontrak tersebut.



"Apa sahaja yang kita lakukan untuk meningkatkan kehidupan pekerja bergaji rendah kita, akan memerlukan usaha seluruh masyarakat, termasuk perubahan minda, dan kesediaan untuk membayar lebih," kata Encik Fahmi.



Satu tinjauan yang dilakukan tahun lalu menunjukkan sekitar lapan dalam 10 warga Singapura bersedia untuk membayar lebih bagi perkhidmatan penting seperti pembersihan atau keselamatan jika jumlah tambahan itu disalur kepada pekerja.



Dalam wawancara itu, Encik Fahmi turut mengimbas lebih setahun dalam peranannya di NTUC, dan akur pengalamannya dalam angkatan tentera dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebelum ini, telah menyiapkannya terutama sekali dalam tugas mendekati pelbagai pihak berkepentingan.



"Usaha pendekatan itu telah membolehkan saya memahami isu masyarakat dengan lebih baik, dan memahami jerih payah yang dilalui pekerja.



"Tetapi saya masih belajar. Saya akan terus belajar dan berikan yang terbaik," kata mantan Kolonel Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dan mantan Timbalan Ketua Eksekutif Muis itu.



LAPORAN LANJUT: Teroka idea tingkat sokongan bagi pekerja gaji rendah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >