Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi lancar dua inisiatif baru perkukuh jalinan warga dengan pendatang

Jul 26, 2021 | 05:30 AM



DUA inisiatif baru yang bertujuan memperkukuh hubungan antara warga dengan pendatang baru di kawasan kejiranan telah dilancar.



Program Jejak Orientasi Kejiranan (H.O.T) dan Panduan Selamat Datang ke kawasan Kejiranan atau 'Your Neighbourly Welcome' membolehkan golongan pendatang baru mempelajari tentang budaya dan warisan di kawasan kejiranan yang mereka tinggal.



Mereka juga boleh mengetahui di mana lokasi mercu tanda utama seperti kelab masyarakat dan tempat beribadah.



Mayor Daerah South East dan penasihat pertubuhan akar umbi GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, telah melancarkan dua inisiatif tersebut di Kelab Masyarakat Geylang Serai kelmarin.



Menurut Encik Fahmi, kedua-dua inisiatif itu akan membolehkan penduduk baru mengetahui budaya dan warisan kawasan kejiranan mereka selain bertemu dan mengetahui penduduk lain dalam masyarakat.



"Apabila kita berkunjung ke luar negara, perkara pertama yang sering kita lakukan selalunya ialah mengetahui keadaan kawasan sekitar kita.



"Perkaranya sama bagi warga asing yang memilih untuk tinggal di Singapura juga," kata beliau.



Jejak perjalanan itu bermula dari Kelab Masyarakat Geylang Serai, Kelab Masyarakat Joo Chiat, dan pasar 85 Fengshan.



Perjalanan yang akan disertai pemandu perjalanan itu percuma dan mengambil masa sejam setiap satu.



Antara perhentian dalam jejak perjalanan itu termasuk Darul Arqam, Galeri Warisan Geylang Serai, bangunan Majlis Bantuan Pembangunan Cina, dan Kuil Palelai Buddhist.



Di bawah sekatan Covid-19 sekarang, saiz kumpulan dihadkan kepada 10 setiap kali termasuk pemandu perjalanan H.O.T



Peserta perlu jalan berdua dan mematuhi langkah jarak sosial sepanjang jejak perjalanan.



Mereka juga akan menerima salinan buku 'Welcome Guide' atau buku panduan Selamat Datang, yang padat dengan maklumat mengenai kawasan itu.



Versi elektronik juga boleh dimuat turun daripada laman web Persatuan Rakyat.



Penduduk yang berminat boleh mendaftarkan diri di kelab masyarakat.



Pemandu perjalananan H.O.T kemudian akan menganjurkan jalan kaki itu mengikut minat penduduk.



Mereka juga boleh menggunakan aplikasi berdasarkan laman web, H.O.T dalam talian yang dibangunkan bersama oleh Majlis Integrasi PA dan Politeknik Nanyang.



Laman e-H.O.T menawarkan pengalaman menyeluruh bagi pengguna untuk mempelajari gaya hidup warga Singapura dengan memberi tumpuan terhadap kawasan kejiranan seperti Geylang Serai, Joo Chiat dan Katong.



Program H.O.T yang direka khas juga akan diperkenalkan di empat daerah lain manakala buku panduan Selamat Datang akan diterbitkan secara berperingkat bagi kesemua 17 GRC serata negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >