Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi lancar pesta tawar kemahiran untuk diri, kerjaya

Jul 29, 2022 | 08:36 PM



SEKITAR 1,000 orang mengunjungi Pesta Pembelajaran dan Kemahiran@South East petang tadi yang menawarkan pelbagai kemahiran dalam permintaan (in-demand skillsets) bagi para pengunjung.



Kemahiran yang menjadi tumpuan di acara itu berkaitan dengan pekerjaan perniagaan dan pertukangan seperti penyelenggaraan elektrik dan paip, pendandan rambut dan pemanduan dron.



Acara yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur itu adalah sebahagian daripada Pesta SkillsFuture 2022, dan dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan SkillsFuture.



Mereka telah bekerja sama dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan ITE Kolej Timur untuk menawarkan pengunjung peluang meraih pelbagai kemahiran yang berguna dan dalam permintaan seperti menukar paip air, penyelenggaraan barang eletrik dan penghawa dingin.



Pengunjung juga berpeluang belajar teknik memasak, melakukan pedikur dan menerbangkan dron dengan selamat.



Tetamu terhormat di acara itu, Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata meningkatkan kemahiran sebegini penting terutama mereka yang terjejas semasa pandemik Covid-19.



“Semasa pandemik Covid-19, kita sering tidak dapat perkhidmatan sebegini (menukar paip air, penyelenggaraan barang eletrik dan penghawa dingin) kerana kekurangan pekerja dalam sektor itu di sini.



“Malah, saya gembira bahawa kelas-kelas ini disambut baik oleh pengunjung hingga perlu membuka dua kelas atas permintaan yang baik.



“Ini adalah kemahiran asas yang baik untuk pelajari dan saya rasa ia juga akan beri manfaat kepada penduduk kami di sini,” kata Encik Fahmi yang juga mengadakan forum kerjaya bersama pelajar-pelajar ITE di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >