Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi seru terus iktiraf pekerja khidmat penting

Harap NWC beri pertimbangan soal ganjaran mereka dalam saranannya kelak
Aug 26, 2020 | 05:30 AM



DENGAN Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang semula, syarikat diharap terus memberi ganjaran dan mengiktiraf pekerjaan perkhidmatan penting, yang ramai pekerjanya berpendapatan lebih rendah, kata Anggota Parlimen (AP) buruh Fahmi Aliman.



Pengarah Operasi dan Pengerahan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu berkata pandemik Covid-19 menunjukkan peri penting beberapa perkhidmatan tertentu, misalnya yang membuat Singapura selamat, dilindungi, dan tempat selesa didiami.



Menulis dalam satu pos Facebook semalam, Encik Fahmi, AP GRC Marine Parade, berkata pekerja perkhidmatan penting seperti pekerja pembersihan dan keselamatan bekerja keras dalam tugas mereka.



Ada daripada mereka menggalas peranan mengurus keselamatan, sementara yang lain melakukan kerja lebih atau bekerja lebih lama dek cabaran berkaitan tenaga kerja dalam sektor mereka.



"Saya harap syarikat akan memberi ganjaran dan mengiktiraf kerja pekerja perkhidmatan penting sebegitu, ramai daripada mereka meraih pendaptan lebih rendah dan bagi mereka, setiap sen bermakna," ujarnya.



Beliau menyebut mengenai syarikat seperti Eng Leng Contractors Pte Ltd, yang pekerjanya disatukan di bawah Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Perusahaan Balak (Batu), sedang menerajui dalam hal itu.



Kira-kira 1,500 pekerja tempatan yang bekerja sewaktu tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19, termasuk pekerja dan penyelia pembersihan, meraih manfaat daripada insentif Covid-19 sekali daripada $100 hingga $1,000 seorang.



Bagi pekerja bergaji rendah, Encik Fahmi berkata mereka amat berterima kasih bagi bantuan kewangan itu dan ia tentunya ganjaran yang berhak diterima bagi kerja keras yang dilakukan pada minggu-minggu lalu.



"Sedang kita terus berjuang dalam pertarungan ini, peranan pekerja perkhidmatan penting kita akan kekal penting.



"Saya harap majikan dan pihak berkepentingan industri utama akan terus mengiktiraf peranan pelengkap yang dimainkan pekerja pada bulan-bulan mendatang, dan memastikan walau bagaimana jua masa depan ekonomi dan perniagaan berkembang, setiap usaha dilakukan bagi memastikan pendapatan pekerja perkhidmatan penting kita dilindungi," katanya.



Beliau berharap pertimbangan akan terus diberi bagi pekerja ini dalam saranan NWC kelak.



"Terus beri ganjaran kepada pekerja seperti itu jika boleh. Lagi pun, mereka antara hero tidak kelihatan yang membuat kita dapat terus maju sebagai sebuah negara," kata Encik Fahmi.




"Sedang kita terus berjuang dalam pertarungan ini, peranan pekerja perkhidmatan penting kita akan kekal penting. Saya harap majikan dan pihak berkepentingan industri utama akan terus mengiktiraf peranan pelengkap yang dimainkan pekerja pada bulan-bulan mendatang, dan memastikan walau bagaimana jua masa depan ekonomi dan perniagaan berkembang, setiap usaha dilakukan bagi memastikan pendapatan pekerja perkhidmatan penting kita dilindungi."
- Encik Fahmi Aliman, Pengarah Operasi dan Pengerahan NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >