Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi: Usaha bantu pekerja 'ekon gig' alih pada kerja tetap

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA usaha sedang diteroka untuk membuka laluan kepada golongan pekerja dalam 'ekonomi gig' beralih ke pekerjaan tetap dalam pelbagai sektor dengan potensi masa depan lebih cerah, dedah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Bercakap kepada Berita Minggu, Encik Mohd Fahmi, yang menerajui Bidang Tumpuan Keempat (FA4): Pekerjaan dan Daya Kerja di bawah rangkaian M³, berkata pihaknya akan memanfaatkan keupayaan pemimpin kesatuan dan rangkaian Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) selain bekerja rapat dengan pihak Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) serta Mendaki Sense.



"Saya berharap dapat memanfaatkan kerjasama pemimpin kesatuan sekerja sebagai pendorong untuk pekerja mendapat pemadanan kerja," ujarnya.



Antara sektor pekerjaan penting yang disasarkan untuk pekerja Melayu/Islam termasuklah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Keselamatan Siber, perbankan, kawalan keselamatan, pembersihan, landskap, penyenggaraan dan teknisyen.



"Pekerjaan tetap menawarkan satu pakej yang baik. Ia menyediakan gaji tetap, caruman bagi Tabung Simpanan Pekerja untuk manfaat hari tua, kemudahan perubatan dan perlindungan insurans, selain peluang peningkatan kemahiran dan laluan kerjaya yang jelas.



"Ia berbeza dengan pekerjaan secara sambilan atau kontrak yang meskipun menawarkan gaji lebih tinggi tetapi ia tidak memberi kemantapan, terutamanya untuk golongan pekerja muda. Mereka berdepan masalah apabila di usia senja tanpa simpanan dan wang CPF mencukupi untuk menyara hidup," terangnya.



Menurutnya, golongan pekerja Melayu/Islam perlu memanfaatkan peluang pekerjaan tetap apatah lagi pemerintah telah meluaskan Model Gaji Progresif (PWM) bagi membolehkan pekerja bergaji rendah menikmati pendapatan lebih tinggi dalam masa dua tahun mendatang.



Ini katanya, bukan sahaja "menjanjikan kestabilan untuk jangka panjang, tetapi lebih penting lagi menjamin kesejahteraan mereka sedang negara mula membuka semula ekonomi dalam era Covid-19".



Menurut beliau lagi, sedang sesetengah berpendapat ekonomi gig menawarkan pendapatan lebih tinggi dan lebih pantas bagi pekerjaan secara kontrak atau sambilan, seperti pekerjaan pengiriman makanan atau penghantaran barangan misalnya, ia bagaimanapun tidak melindungi seseorang pekerja itu sepenuhnya.



Golongan pekerja gesanya, harus memanfaatkan kemahiran yang ditimba semasa di institusi pengajian.



"Kemahiran dan pensijilan harus dimanfaatkan di samping mengikuti kursus-kursus peningkatan kemahiran agar dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan. Sekiranya ini tidak dilakukan, pekerja dalam bidang kejuruteraan contohnya, akan hilang daya saing," tambah Pengarah, Operasi dan Mobilisasi, NTUC, itu.



Encik Mohd Fahmi merancang mengadakan lagi pertemuan dengan pekerja 'ekonomi gig' dalam masa terdekat bagi menerangkan kepada mereka akan pelbagai peluang pekerjaan yang ada dan kelebihan bekerja tetap.



Dalam masa kurang sebulan, beliau telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin kesatuan sekerja Melayu/Islam bagi melakar strategi bagi menarik pekerja gig beralih kepada pekerjaan tetap.



"Kita lihat sekarang terminal lapangan terbang kini masih ditutup tetapi dengan keadaan yang kian berubah, kita boleh menjangkakan ia akan dibuka dan ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan ini harus dimanfaatkan oleh golongan pekerja kita," ujar Anggota Parlimen GRC Marine Parade itu.



Laporan lanjut: Ekonomi ‘gig’ talian hayat tapi bersifat sementara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >