Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice akan buka enam lagi pasar raya bagi pengguna yang prihatin soal bajet

Mar 22, 2017 | 12:42 PM



RANGKAIAN pasar raya FairPrice pada Rabu (22 Mac) mengumumkan rancangan membuka enam lagi cawangan FairPrice Shop bagi 2017, di tengah-tengah permintaan meningkat bagi barangan runcit bajet.



Ia menawarkan pelbagai produk lebih kecil tetapi lebih murah produk, termasuk produk dengan jenama sendiri, Every Day Low Price dan Yellow Dot. Kira-kira separuh produk serupa itu terdapat di cawangan berkenaan.



Jenama FairPrice sendiri, Value Fresh, dibekalkan secara eksklusif di cawangan-cawangan itu. Ia merangkumi 30 jenis sayur-sayuran segar pada harga 5-10 peratus lebih rendah daripada Pasar, satu lagi jenama sendiri FairPrice.



FairPrice Shop dilancarkan pada Julai 2016, dengan perubahan dua pasar raya FairPrice di Eunos dan Circuit Road. Selepas perubahan itu, penjualan kedua-dua pasar raya tersebut meningkat 8 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut FairPrice dalam satu kenyataan.



Empat cawangan serupa itu dilancarkan di Henderson Crescent, Jurong East St 24, Ang Mo Kio Ave 10 dan Silat Ave lewat tahun itu.



Produk jenama sendiri FairPrice dan Budget adalah pilihan utama pelanggan di FairPrice Shop, menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jualan, diikuti dengan jenama Pasar dan Value Fresh yang membentuk hampir 10 peratus daripada jualan, menurut FairPrice.



Ketua Eksekutif FairPrice Seah Kian Peng berkata: "Format FairPrice Shop diperkenalkan sebagai pasar raya asas yang mudah bagi memenuhi keperluan pembeli yang mementingkan bajet. Terletak di estet matang, ia diterima baik oleh penduduk.



"Kami merancang menambah bilangan FairPrice Shops supaya lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya. Ini adalah salah satu cara FairPrice memainkan peranannya sebagai usaha niaga sosial dengan memastikan keperluan asas terus berpatutan bagi membantu menangani isu kos sara hidup yang meningkat."



FairPrice mempunyai lima format pasar raya lain: FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra pasar raya besar, Warehouse Club dan FairPrice Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >