Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice anjur lagi projek buku teks percuma, lancar kegiatan hurai isu sekitaran bagi pelajar

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH daya usaha masyarakat NTUC FairPrice - Share-A-Textbook - kembali lagi tahun ini untuk menyediakan buku teks terpakai percuma kepada keluarga berpendapatan rendah, yang bertambah penting pada waktu mencabar ini.



Lebih 2,100 relawan daripada rakan masyarakat dan sekolah, bersama kakitangan pasar raya itu serta orang awam telah mendaftar untuk membantu mengumpul dan mengatur buku-buku tersebut.



Jumlah relawan itu - tertinggi sejak projek tersebut diperkenal 39 tahun lalu - bertambah 20 peratus daripada lebih 1,800 orang tahun lalu.



FairPrice turut melancarkan projek Hackathon Makanan, Inovasi dan Teknologi, yang boleh disertai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi untuk meneroka dan mencipta bersama huraian perusahaan dan masyarakat inovatif yang menangani isu kemampanan sekitaran.



Ini termasuk merendahkan pelepasan karbon, mengurangkan pembuangan dan menggalak perkongsian masyarakat.



Pelancaran itu diadakan di Our Tampines Hub semalam dan dirasmikan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, serta dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng.



Encik Seah berkata pihaknya terus menyepadukan idea baru bagi inisiatif Share-A-Textbook demi memastikan ia kekal relevan bagi keperluan masyarakat.



"Tahun ini, kami menggabungkan Hackathon Makanan, Inovasi dan Teknologi untuk mendekati dan memperkasa belia ke arah membuat kesan positif terhadap sekitaran kita.



"Kami menggalak mereka membangunkan idea inovatif mengenai isu kemampanan agar bersama kita boleh memainkan peranan untuk sekitaran dan menggalak kehidupan mampan," kata beliau.



Hackathon itu akan diadakan secara hibrid selama tiga hari, dengan pelajar membangunkan cadangan mereka dengan bimbingan panel pakar industri.



Cadangan pemenang akan mendapat hadiah wang tunai hingga $10,000.



Maklumat lanjut mengenai kegiatan itu boleh didapatkan di laman www.fpgfithack.com.sg.



Sementara itu, bagi projek Share-A-Textbook, pelbagai langkah akan diperkenal untuk mematuhi langkah jarak selamat.



Ini termasuk SafeEntry bagi penjejakan kontak, pemeriksaan status vaksinasi, pemeriksaan suhu badan, menyediakan sarung tangan dan sanitiser kepada relawan, mengehadkan jumlah relawan bagi setiap kawasan, dan melaksana sistem tempahan slot masa untuk mempermudah pengambilan buku.



Maklumat lanjut mengenai projek itu boleh didapati di laman www.fairpricegroup.com.sg/do-good/faqs/#share-a-textbook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >