FairPrice beku harga 100 produk jenama sendiri
Turut tawar diskaun 3% setiap Rabu kepada Generasi Merdeka atas pembelian di semua cawangan
Mar 19, 2019 | 05:30 AM
RANGKAIAN pasar raya FairPrice telah berikrar membekukan harga bagi 100 produk jenama sendiri (housebrand) bagi 15 bulan mendatang.
Ini bertujuan membantu menyederhanakan kenaikan kos sara hidup dan melindungi pengguna daripada turun naik harga.