Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice beri baucar $6 jika belanja minimum $55 dari Baucar CDC

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



PASAR raya NTUC FairPrice (FairPrice) telah mengumumkan ia akan mengagihkan baucar FairPrice bernilai $6 apabila pelanggan membelanjakan minimum $55 dari baucar pasar raya CDC dalam satu transaksi.



Ia akan diberi di cawangan FairPrice mulai semalam hingga 15 Januari ini.



Baucar FairPrice sah digunakan sehingga 28 Februari akan datang.



Dalam satu kenyataannya semalam, FairPrice menyatakan inisiatif ini sebagai menyokong pelancaran skim Baucar CDC 2023 di satu acara di Kampung Admiralty.



Bagi membenarkan pelanggan memanfaatkan penjimatan mereka, baucar boleh digunakan bersama skim-skim diskaun yang tersedia di FairPrice.



Ini termasuk:



  • Skim Diskaun Generasi Perintis (PG), yang memberikan diskaun tiga peratus pada setiap Isnin;

  • Skim Diskaun Warga Senja bagi 60 tahun ke atas sebanyak dua peratus (Selasa);

  • Skim PG dan Generasi Merdeka (MG) sebanyak tiga peratus (Rabu);

  • Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) berwarna biru tiga peratus (Khamis);

  • Diskaun GST khas ke atas 500 barangan penting mulai 1 Januari hingga 30 Jun depan satu peratus (setiap hari); dan,

  • Harga rendah setiap hari (promosi khas lain).

"FairPrice kekal komited mengimbangi kos kehidupan. Tahun lalu, FairPrice memberikan lebih $11.5 juta dalam bentuk penjimatan menerusi skim PG, MG, Chas kad biru dan diskaun untuk warga senja," kata kenyataan itu lagi.



FairPrice juga memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu mereka yang membeli-belah untuk memastikan dolar mereka lebih berbaloi menerusi inisiatif 'Nilai Lebih Hebat Setiap Hari' dan menawarkan skim diskaun khas ke atas telur, minyak dan beras.



Lebih banyak maklumat mengenai baucar CDC FairPrice boleh diperolehi di laman www.fairprice.com.sg/events/in-store/cdc-voucher.



Daripada hanya satu pasar raya, FairPrice telah berkembang menjadi sebuah peruncit utama di Singapura dengan memberi khidmat kepada lebih setengah juta orang menerusi rangkaian meliputi 380 cawangan, daripada pasaraya FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra, Unity Pharmacy, FairPrice Xpress dan kedai runcit Cheers.



Portal e-dagangnya, FairPrice online, menarik lebih 700,000 pengunjung sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >