Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice berjaya kurangkan pembaziran makanan

Apr 20, 2017 | 03:29 PM



PASAR RAYA NTUC FairPrice (FairPrice) hari ini (20 Apr) mengumumkan kejayaannya mengurangkan pembaziran makanan dan inisiatif dalam pendermaan makanan.



Indeks Pembaziran Makanan FairPrice, yang mengukur jumlah makanan yang membazir di ruang jualan runcit, menunjukkan peningkatan 8.6 peratus dengan jumlah pembaziran merosot dari 6.9 kilogram bagi setiap meter persegi (kg/sqm) pada 2015 kepada 6.3kg/sqm tahun lalu.



Pengurangan pembaziran ini mencapai 48,000kg makanan.



Tambahan daripada itu, kerjasama FairPrice dengan Food from the Heart (FFTH) menyaksikan produk bernilai lebih $290,000 didermakan untuk kebajikan.



CEO NTUC FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata:



"Mengurangkan pembaziran makanan kekal sebagai salah satu keutamaan dalam iltizam kami ke arah usaha-usaha mampan.



"Kami senang melihat beberapa daya usaha yang kami perkenalkan untuk menangani isu pembaziran telah menarik perhatian dalam jangka waktu pendek dengan sokongan kuat daripada masyarakat dan rakan kami.



"Sedang kami memperingati Hari Bumi hujung minggu ini, pencapaian ini memberi kami dorongan untuk terus berusaha memainkan peranan kami dalam mengurangkan pembaziran."



Rangka Kerja Pembaziran Makanan FairPrice, yang dilancarkan pada 2014, merangkumi tiga bidang - pemprosesan, pendidikan am dan kerjasama - yang mengukur kemajuan yang dicapai dalam mengurangkan pembaziran makanan meliputi keseluruhan ruang jualan runcit.



Sejak pelancarannya, Indeks Pembaziran Makanan telah mencatat penurunan lebih 45 peratus dari 11.6kg/sqm pada 2014 kepada 6.3kg/sqm pada 2016.



Bagi pemprosesan pula, FairPrice telah melancarkan ruang pilihan "Great Taste Less Waste" (Rasa Hebat, Kurangkan Pembaziran) di kesemua pasar raya FairPrice Xtra pada 2015, di mana buah-buahan dan sayur-sayuran yang mula layu dipotong kecil dan dijual pada harga lebih rendah demi mengelak pembaziran.



Buah yang mula melayu juga dipakej semula dalam pelbagai corak dengan tawaran harga lebih murah.



Program "Great Taste Less Waste" telah diluaskan ke 109 pasar raya FairPrice di serata pulau.



Buah-buahan dan sayuran terutamanya, membentuk jumlah pembaziran terbesar, mencapai 60 peratus daripada keseluruhan makanan yang membazir.



Bagi jalinan kerjasama pula, FairPrice telah mengadakan persetujuan jangka panjang dengan FFTH di mana kesemua pasar raya FairPrice mendermakan secara kerap makanan dalam tin yang belum terjual tetapi masih berkeadaan baik kepada masyarakat menerusi FFTH.



"Daya usaha ini telah membantu mengurangkan pembaziran makanan dan pada masa yang sama meningkatkan pendermaan produk makanan untuk kebajikan.



"Makanan yang didermakan kepada FFTH diedarkan kepada 40 pertubuhan bagi dimanfaatkan lebih 7,000 penerima setiap bulan," kata FairPrice dalam kenyataannya.



FairPrice juga menyokong kempen Clean Plates yang disasarkan ke sekolah rendah bagi menggalak lebih 10,000 murid untuk tidak membazir makanan.



Kempen ini melengkapi Rangka Kerja Pengurangan Pembaziran Makanan menerusi pendidikan awam dan kerjasama bagi merubah sikap masyarakat dan demi sekitaran.



Pada tahun lalu, Yayasan NTUC FairPrice mendermakan $150,000 bagi menyokong daya usaha ini.



Tambahan daripada itu, FairPrice juga menyokong Gerakan Makanan 10 Tan anjuran Politeknik Ngee Ann bagi Bank Makanan Singapura tahun ini, yang bertujuan memberi makanan kepada golongan memerlukan dan mengurangkan pembaziran makanan dengan menyediakan tiga tempat penyerahan makanan untuk orang ramai mendermakan makanan mereka.



FairPrice Warehouse Club juga mendermakan makanan yang tidak terjual tetapi masih boleh dimakan bagi daya usaha tersebut.



"Untuk pendidikan awam, inisiatif kami tertumpu kepada usaha memanfaatkan buah dan sayur yang mula layu tetapi masih baik untuk dimakan, menerusi iklan di dalam pasar raya dan sosial media.



Iklan yang kami paparkan termasuklah penggunaan frasa "Ouch! Letakkan kami di tempatnya", yang menggesa pelanggan untuk memainkan peranan mereka dalam mengurangkan pembaziran makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >