Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice buat laporan polis tentang khabar angin beras palsu

Feb 02, 2017 | 10:51 AM



RANGKAIAN pasar raya FairPrice telah membuat laporan polis berhubung khabar angin dalam talian bahawa beras wangi jenama dalamannya diperbuat daripada plastik.



Mengulas mengenai pos di media sosial mengenai dakwaan palsu itu, FairPrice berkata berasnya lulus pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa.



"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar luaskan maklumat palsu ini, yang mungkin menyebabkan kecemasan awam yang tidak perlu," kata Pengarah Komunikasi Korporat Jonas Kor.



FairPrice akan meletak notis di pasar rayanya mengenai khabar angin itu, yang tersebar melalui teks dan media sosial sejak Selasa.



Beberapa pelanggan yang bimbang pergi ke pasar rayanya untuk menuntut bayaran balik pada Rabu (1 Feb).



FairPrice menjual beras wangi jenama dalaman itu sejak 2008. Ia didapatkan dari Vietnam.



Sesiapa yang mengesyaki beras yang dibelinya palsu boleh menghubungi Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) untuk mengesahkan kesahihannya.



Pihak berkuasa kerap memeriksa dan menguji beras import untuk memastikan ia mematuhi taraf keselamatan makanan dan keperluan Singapura. Ini termasuk menjalankan ujian bagi mikotoksin, sisa racun perosak dan logam berat.



AVA berkata pada Disember ia tidak kesan sembarang beras palsu di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >