Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice, CDC South East teruskan acara galak hidup aktif, bantu golongan susah

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS dua tahun, FairPrice Walk for Rice+@ South East kembali secara fizikal di Hab Sukan dengan kehadiran kira-kira 500 peserta. Projek itu bertujuan mempromosikan gaya hidup aktif dengan tujuan membantu golongan memerlukan.



"Bagi setiap 300 meter yang peserta jalan atau lari, Yayasan FairPrice akan menderma satu mangkuk beras perang, satu mangkuk beras dan satu mangkuk oat.



"Kami menyasarkan mengagih hingga 500,000 mangkuk beras putih dan perang serta 50,000 mangkuk oat segera kepada 7,000 keluarga memerlukan yang tinggal di daerah South East," kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman.



Tahun lepas, lebih 30,000 peserta mengambil bahagian dalam berjalan kaki maya dan menyumbang hampir 600,000 kilometer, walaupun ditengah-tengah pandemik Covid-19.



Inisiatif jangka panjang ini ingin melengkapkan rancangan pembaharuan penjagaan kesihatan baru Singapura, HealthierSG, yang bertujuan menggalak rakyat Singapura menjaga kesihatan sendiri dan memberi tumpuan pada langkah penjagaan pencegahan seperti mengamalkan gaya hidup aktif.



FairPrice Walk for Rice +@ South East berjalan dari semalam hingga 31 Januari tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >