Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

FairPrice derma $40,000 bagi anak keluarga Melayu susah

Pasar raya agih kurma, minuman untuk pelanggan Islam buka puasa
Apr 02, 2022 | 05:30 AM



PASAR Raya NTUC FairPrice menderma $40,000 kepada Yayasan Mendaki melalui sayap amalnya, Yayasan FairPrice, bagi menyokong kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah Melayu/Islam.



Jumlah itu seganda lebih banyak daripada $20,000 yang diderma tahun lalu. Yayasan FairPrice telah menyumbang lebih $400,000 kepada Mendaki sepanjang lapan tahun lalu.



Di samping itu, FairPrice mengumumkan agihan tahunan kurma atau snek dan minuman bagi pelanggan Islam buka puasa sempena Ramadan ini.



Diadakan buat tahun ke-14, pengagihan itu akan diadakan di 60 cawangan FairPrice dari esok hingga 2 Mei.



Acara pemberian cek derma $40,000 itu serta pelancaran pengagihan makanan dan minuman itu diadakan di NTUC FairPrice di SingPost Centre di Eunos Road semalam, dengan dihadiri tetamu terhormat Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.



Ditemui media, Dr Maliki berkata derma itu akan disalurkan kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF) yang dikendalikan Mendaki untuk menyediakan bantuan tambahan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi perbelanjaan dan kegiatan sekolah yang tidak ditampung skim bantuan lain.



"Kami tidak menetapkan jumlah derma dan kami mengalu-alukan apa jua yang mereka sedia memberi. Ini juga dilakukan pada detik tepat kerana Ramadan hampir tiba.



"Dan semasa bulan Ramadan inilah kami menggalak semangat memberi untuk mendorong lebih ramai orang berkongsi apa yang mereka ada, dan bagi FairPrice, sebagai sebuah pertubuhan yang dikenali ramai rakyat Singapura, saya rasa ia satu isyarat baik hati daripada mereka bagi mencerminkan semangat Ramadan," kata beliau.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, FairPrice Group, Cik Elaine Heng, berkata derma tahun ini digandakan agar anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah boleh terus bersekolah, terutama di tengah-tengah waktu mencabar pandemik Covid-19 ini.



Mengenai pengagihan kurma atau snek dan minuman sempena Ramadan, beliau berkata ia bertujuan terus memberi sokongan dan mendekati pelanggan Islam pasar raya itu.



"Bagi setiap perayaan, kami mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka untuk menyambut bersama mereka. Ini tahun ke-14 kami melakukan agihan ini dan kami menerima sokongan dan dorongan kuat daripada pelanggan kami," kata beliau.



Timbalan CEO Mendaki, Cik Zulaiha Yusuf, berkata Mendaki amat berterima kasih kepada FairPrice bagi sokongan dan sumbangan mereka kepada ETF sejak 2014, yang telah memberi manfaat kepada lebih 1,800 pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >