Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Setempat

FairPrice, Giant, Sheng Siong, Cold Storage dibuka lebih lama jelang musim CNY

Jan 11, 2020 | 02:50 PM

WAKTU operasi pasar raya NTUC FairPrice, Giant, Sheng Siong dan Cold Storage akan dilanjutkankan di seluruh negara menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY) yang bermula 25 Januari ini.
Malah, orang ramai masih boleh berbelanja di 114 cawangan pasar raya FairPrice pada hari pertama CNY.
Daripada 114 cawangan itu, 82 cawangan akan dibuka sehingga 5 petang, 24 cawangan akan dibuka 24 jam, sementara lapan cawangan lain akan dibuka dari 7 pagi hingga waktu tutup.
Pada hari sebelum CNY pula, iaitu pada 24 Januari, 123 cawangan FairPrice akan dibuka sehingga 5 petang, sementara 24 cawangan lain akan dibuka 24 jam.
Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman www.fairprice.com.sg/events/in-store/cny-hours
Sementara itu, kesemua cawangan Giant di Singapura akan dibuka pada hari sebelum CNY serta ketiga-tiga hari pertama CNY, lapor The Straits Times.
Maklumat lanjut boleh didapatkan di www.giant.sg/cny/extended-service-hours
Di Sheng Siong, bermula 23 Januari, kesemua cawangan akan dibuka 24 jam sehingga hari sebelum CNY di mana ia akan ditutup pada 4 petang.
Pada hari pertama dan kedua CNY, 23 cawangan Sheng Siong akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang. Kesemua cawangan akan beroperasi seperti biasa pada 27 Januari.
Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.shengsiong.com.sg/news/115/Lunar-New-Year-Operating-Hours.html
Dalam pada itu, kesemua cawangan Cold Storage akan dibuka pada hari sebelum CNY.
Hanya cawangan di One North, Takashimaya dan Marina Bay Link Mall akan ditutup pada dua hari pertama CNY.
Maklumat lanjut boleh didapati di https://coldstorage.com.sg/media/uploads/files/cny-opening-hours.pdf

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian