Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice had pembelian; Chee Meng gesa orang ramai beli apa yang perlu sahaja

Mar 18, 2020 | 05:30 AM



PASAR raya NTUC FairPrice semalam mula mengehadkan pembelian bagi beberapa barangan keperluan seperti kertas tisu, mi segera, beras, sayur, ayam dan telur.



Dalam satu kenyataan, pasar raya itu berkata had tersebut bertujuan mencegah penjualan semula, menyusuli pengumuman Malaysia malam kelmarin untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan.



Setiap pelanggan dihadkan membeli empat unit produk kertas seperti kertas tandas, tisu muka atau kertas dapur; dua unit mi segera atau pasta; dua beg beras; sayur bernilai $30; ayam segar bernilai $30; dan 30 biji telur.



Menyusuli pengumuman kawalan pergerakan di Malaysia malam tadi, FairPrice berkata beberapa gedungnya mengalami trafik tinggi, tetapi keadaannya lebih terkawal berbanding pembelian panik setelah Singapura menaikkan Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) kepada Jingga pada bulan lalu.



"Diperhatikan bahawa orang ramai beratur secara lebih tersusun dan membeli secara lebih bertanggungjawab," menurut kenyataan FairPrice semalam.



Pasar raya itu berkata ia juga mempunyai strategi mempelbagaikan sumber, dengan mengimport barangan dari lebih 70 negara di serata dunia untuk memastikan Singapura mempunyai bekalan yang stabil.



Ini bermakna kategori produk Malaysia dilengkapi dengan kategori sama dari negara lain.



Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, semalam turut menggesa orang ramai untuk membeli apa yang perlu sahaja di pasar raya.



"Saya faham orang ramai prihatin tetapi jangan bimbang NTUC FairPrice ada stok.



"Beli apa yang anda perlukan sahaja, kalau tidak kita akan lihat rak-rak yang kosong lagi, dan ini akan menyebabkan pembelian panik yang tidak diperlukan," tulis Encik Ng di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >