Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice kenakan bayaran untuk beg plastik

Sep 05, 2019 | 05:46 PM



PARA pelanggan di beberapa cawangan FairPrice akan diminta membayar untuk menggunakan beg plastik tidak lama lagi.



Pasar raya gergasi itu akan mengenakan bayaran sebanyak 10 dan 20 sen untuk kegunaan beg plastik di tujuh cawanganya dalam suatu percubaan yang bernama, "No Plastic Bag"  yang berlangsung selama sebulan dari 16 September.



Percubaan itu bertujuan menggalak pelanggan FairPrice supaya mereka menggunakan beg mereka sendiri, kata FairPrice dalam satu kenyataan pada hari Rabu (4 September).



Tujuh cawangan yang tersebut adalah, FairPrice Xtra di pusat membeli-belah Hougang One, FairPrice Finest di pusat membeli-belah Zhongshan Park, FairPrice di 18 Tai Seng Mall, FairPrice Xpress di Lorong Chuan dan kedai-kedai Cheers di Hospital Komuniti Sengkangs serta Create Way yang terletak di Aljunied Road.



Para pembeli yang memerlukan beg plastik akan dikenakan bayaran sebanyak 20 sen di kedai FairPrice, FairPrice Finest dan FairPrice Xtra, dan 10 sen di Kedai Cheers dan FairPrice Xpress. 



FairPrice akan mendermakan wang yang dikumpul daripada inisiatif ini kepada Persatuan Kanak-Kanak Singapura (Singapore Children’s Society) dan The Straits Times School Pocket Money Fund (STSPMF).



Selain daripada percubaan ini, FairPrice akan menjalankan tinjauan sentimen pengguna mengenai penggunaan beg plastik.



Ketua Pegawai Eksekutif NTUC FairPrice, Seah Kian Peng berkata: "maklumat yang diperoleh daripada percubaan ini dan kajian sentimen pengguna akan membantu dalam membangunkan rancangan terbaik untuk mengurangkan kegunaan beg plastik."



FairPrice juga mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia menjemput warga Singapura untuk mengemukakan cadangan supaya dapat mengurangkan sisa plastik dan makanan di Singapura. Ia akan melancarkan dana baru sebanyak $1 juta melalui Dana Kelestarian FairPrice (Fairprice Sustainability Fund) yang akan menaja projek-project yang diterima.



FairPrice berkata inisiatif pelestarian alam sekitar ini akan menghampiri sasarannya untuk menyelamatkan 30 juta beg plastik setiap tahun menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >