Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

FairPrice lanjut skim diskaun bagi warga emas, keluarga susah untuk setahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

FairPrice lanjut skim diskaun bagi warga emas, keluarga susah untuk setahun

Dec 29, 2021 | 05:30 AM

FAIRPRICE akan melanjutkan skim-skim diskaun bagi warga emas dan keluarga berpendapatan rendah untuk setahun di kesemua pasar rayanya.

Skim tersebut meliputi semua warga emas Generasi Perintis (PG) dan Generasi Merdeka (MG) dan juga pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Komuniti (Chas) biru yang kini menikmati diskaun 3 peratus apabila mereka berbelanja di pasar raya atau farmasi Unity pada hari tertentu.

Lanjutan itu, yang akan berlangsung sehingga 31 Disember tahun depan, dianggarkan membantu pelanggan menjimatkan lebih $11 juta, menurut FairPrice, semalam.

Ini di samping diskaun bernilai $54 juta yang diberikan kepada PG, MG, warga emas, dan pemegang kad Chas biru sejak 2015.

Encik Seah Kian Peng, ketua eksekutif kumpulan FairPrice Group, berkata warga emas dan mereka yang kurang bernasib baik telah terjejas oleh ketidakpastian dicetuskan pandemik yang berpanjangan ini.

"Lanjutan pelbagai skim diskaun kami bertujuan melengkapi usaha masyarakat kita untuk menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas dan, pada masa yang sama, membina sebuah masyarakat lebih berdaya tahan," kata beliau.

FairPrice juga akan melanjutkan inisiatif PG Proxynya yang membolehkan anggota keluarga warga emas menikmati penjimatan apabila mereka membantu anggota PG membeli barangan runcit.

Inisiatif itu akan dilanjutkan sehingga 30 Jun tahun depan, dan anggota keluarga perlu menunjukkan kad PG keluarga mereka untuk menikmati diskaun itu.

Kini terdapat empat skim diskaun yang ditawarkan FairPrice.

Di bawah Skim Diskaun PG, individu mendapat diskaun 3 peratus daripada bil runcit mereka pada Isnin dan Rabu manakala Skim Diskaun MG pula memberi diskaun yang sama pada Rabu.

Skim Diskaun Warga Emas pula memberi diskaun 2 peratus pada Selasa manakala Skim Diskaun Chas Biru pula memberi diskaun 3 peratus pada Khamis.


SKIM DISKAUN FAIRPRICE

1. Skim Diskaun PG
Pelanggan boleh nikmati diskaun 3% apabila berbelanja pada Isnin.

2. Skim Diskaun Warga Emas
Pelanggan boleh nikmati diskaun 2% apabila berbelanja pada Selasa.

3. Skim Diskaun PG & MG
Pelanggan boleh nikmati diskaun 3% apabila berbelanja pada Rabu.

4. Skim Diskaun Chas Biru
Pelanggan boleh nikmati diskaun 3% apabila berbelanja pada Khamis.

Diskaun tersebut boleh dinikmati di kesemua pasar raya FairPrice, kedai FairPrice Shop, cawangan FairPrice Finest, pasar raya FairPrice Xtra, FairPrice On Wheels, dan farmasi Unity.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3