Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice lanjutkan diskaun Generasi Perintis hingga Dec 2017

Dec 29, 2016 | 02:05 PM



NTUC FairPrice berkata pada Khamis (29 Dis) ia akan melanjutkan skim diskaun Generasi Perintis setahun lagi, hingga 31 Disember 2017.



Skim itu juga akan diperluas kepada Khamis, bermula 1 Januari depan.



Pada masa ini, diskaun itu diberi hanya pada Isnin.



Di bawah skim itu, warga Generasi Perintis menikmati diskaun 3 peratus apabila membeli-belah di pasar raya FairPrice, kedai FairPrice Finest dan pasar raya besar FairPrice Xtra.



Ini tahun ketiga FairPrice melanjutkan inisiatif itu, yang membolehkan penjimatan hampir $6.4 juta diagih sejak skim tersebut dilancar pada 2014.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata langkah menyertaikan Khamis akan membantu warga perintis berjimat lebih banyak, kerana ia "biasanya hari apabila promosi menarik diumumkan setiap minggu".



Selain dua hari bagi skim Diskaun Generasi Perintis itu, pembeli berumur 60 tahun mendapat diskauin 2 peratus pada Selasa di bawah skim Diskaun Warga Emas.



Skim diskaun itu diadakan melebihi inisiatif sedia ada seperti LinkPoints, rebat keahlian, berbelanja dengan berbelanja, Housebrand, Setiap Hari Rendah Harga dan produk Yellow Dot, bagi membantu pembeli memaksimumkan penjimatan mereka.



Warga Generasi Perintis juga dapat menggunakan kaunter bayaran khusus bagi mereka di pasar raya dan pasar raya besar FairPrice seluruh pulau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >