Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice lanjutkan diskaun Generasi Perintis, Merdeka sepanjang 2021

Dec 28, 2020 | 08:25 PM





 




   

GOLONGAN warga emas boleh terus menikmati diskaun apabila membeli-belah di NTUC FairPrice selepas rangkaian pasar raya itu mengumumkan ia akan melanjutkan skim diskaun bagi Generasi Perintis dan Generasi Merdeka sehingga 31 Disember tahun depan.



FairPrice dalam kenyataannya pada Isnin (29 Disember) berkata skim diskaun bagi kedua-dua golongan itu dianggarkan bernilai lebih $10 juta.



Ia menawarkan tiga inisiatif untuk membantu kumpulan warga emas yang berbeza menjimatkan wang apabila mereka berbelanja di pasar raya pada hari yang berbeza.



Ini termasuk diskaun 3 peratus di bawah Skim Diskaun Generasi Perintis pada Isnin, diskaun 2 peratus di bawah Skim Diskaun Warga Emas pada Selasa, dan diskaun 3 peratus di bawah Skim Diskaun Generasi Perintis dan Generasi Merdeka pada Rabu.



Skim Diskaun Generasi Perintis, yang dilanjutkan buat kali keenam kini, telah mengagihkan diskaun bernilai lebih $24 juta sejak ia diperkenalkan pada 2014.



Anggota Generasi Perintis yang membeli-belah di FairPrice tahun ini telah dapat menjimatkan wang lebih $4.5 juta, manakala anggota Generasi Merdeka pula dapat menjimatkan wang lebih $3.3 juta.



Dalam tempoh yang sama, golongan warga emas juga dapat menjimatkan wang lebih $2.2 juta.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, berkata pihaknya rasa terdorong inisiatif tersebut terus menerima sambutan baik dan positif daripada pelanggan warga emas.



“Tahun lalu, skim-skim diskaun FairPrice membantu anggota Generasi Perintis/Merdeka dan warga emas menjimatkan wang lebih $7.7 juta; tahun ini, skim-skim diskaun menjimatkan wang lebih $10 juta.



“Dengan lanjutan diskaun tersebut, bersama dengan pelbagai inisiatif kami pada kos sederhana, kami berharap usaha ini akan terus membantu pelanggan menjimatkan wang mereka dalam tahun depan,” kata beliau.



Mereka yang ingin menikmati Skim Diskaun Generasi Perintis atau Generasi Merdeka perlu menunjukkan kad Generasi Perintis atau Generasi Merdeka apabila membayar di kaunter di kesemua pasar raya FairPrice, kedai FairPrice Shop, cawangan FairPrice Finest, dan pasar raya FairPrice Xtra.



Sekiranya membayar di kaunter 'checkout' sendiri, mereka perlu memilih pilihan diskaun Generasi Perintis atau Generasi Merdeka. 



Diskaun itu tertakluk kepada had $200 bagi setiap transaksi setiap hari.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >