GOLONGAN warga emas boleh terus menikmati diskaun apabila membeli-belah di NTUC FairPrice selepas rangkaian pasar raya itu mengumumkan ia akan melanjutkan skim diskaun bagi Generasi Perintis dan Generasi Merdeka sehingga 31 Disember tahun depan.
FairPrice dalam kenyataannya semalam berkata skim diskaun bagi kedua-dua golongan itu dianggarkan bernilai lebih $10 juta.
Ia menawarkan tiga inisiatif untuk membantu kumpulan warga emas yang berbeza menjimatkan wang apabila mereka berbelanja di pasar raya pada hari yang berbeza.
Ini termasuk diskaun 3 peratus di bawah Skim Diskaun Generasi Perintis pada Isnin, diskaun 2 peratus di bawah Skim Diskaun Warga Emas pada Selasa, dan diskaun 3 peratus di bawah Skim Diskaun Generasi Perintis dan Generasi Merdeka pada Rabu.
Skim Diskaun Generasi Perintis, yang dilanjutkan buat kali keenam kini, telah mengagihkan diskaun bernilai lebih $24 juta sejak ia diperkenalkan pada 2014.
Anggota Generasi Perintis yang membeli-belah di FairPrice tahun ini telah dapat menjimatkan wang lebih $4.5 juta, manakala anggota Generasi Merdeka pula dapat menjimatkan wang lebih $3.3 juta.
Dalam tempoh yang sama, golongan warga emas juga dapat menjimatkan wang lebih $2.2 juta.
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda
Dalam dunia yang sering menumpukan pada gerak isyarat yang besar dan lantang, Cik Isdiyanah Puteri Kudsi Dulkifli, Ketua Program di Schneider Electric, percaya bahawa perubahan berkesan tidak

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, berkata pihaknya rasa terdorong inisiatif tersebut terus menerima sambutan baik dan positif daripada pelanggan warga emas.
"Tahun lalu, skim-skim diskaun FairPrice membantu anggota Generasi Perintis/Merdeka dan warga emas menjimatkan wang lebih $7.7 juta; tahun ini, skim-skim diskaun menjimatkan wang lebih $10 juta.
"Dengan lanjutan diskaun tersebut, bersama dengan pelbagai inisiatif kami pada kos sederhana, kami berharap usaha ini akan terus membantu pelanggan menjimatkan wang mereka dalam tahun depan," kata beliau.
Mereka yang ingin menikmati Skim Diskaun Generasi Perintis atau Generasi Merdeka perlu menunjukkan kad Generasi Perintis atau Generasi Merdeka apabila membayar di kaunter di kesemua pasar raya FairPrice, kedai FairPrice Shop, cawangan FairPrice Finest, dan pasar raya FairPrice Xtra.
Sekiranya membayar di kaunter checkout sendiri, mereka perlu memilih pilihan diskaun Generasi Perintis atau Generasi Merdeka.
Diskaun itu tertakluk kepada had $200 bagi setiap transaksi setiap hari.