Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Setempat

FairPrice lanjutkan usaha ‘tiada beg plastik’ kepada 25 cawangan buat setahun mulai 11 November

Nov 04, 2019 | 02:28 PM

FAIRPRICE akan lanjutkan usaha ‘tiada beg plastik” kepada 25 cawangan buat setahun mulai Isnin depan, kata syarikat pasar raya itu hari ini (4 November).

Lanjutan itu ekoran percubaan selama sebulan yang dikendalikan FairPrice dari 16 September hingga 16 Oktober di tujuh cawangannya.

25 cawangan yang akan kenakan bayaran buat pelanggan yang perlukan beg plastik adalah 12 pasar raya FairPrice, lima kedai Cheers dan lapan kedai FairPrice Xpress.

Pelanggan yang inginkan beg boleh membelinya pada harga 20 sen setiap urus niaga di FairPrice, FairPrice Finest dan FairPrice Xtra dan pada hara 10 sen di Cheers dan FairPrice Xpress.

Wang itu akan didermakan ke arah usaha persekitaran dan masyarakat.

Daya usaha setahun ini akan bermula 11 November.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian