Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice sumbang $40,000 pada ETF bantu pelajar susah

Masagos hargai sumbangan beri perangsang kepada golongan memerlukan
Mar 27, 2023 | 05:30 AM



DANA Amanah Pendidikan (ETF) di bawah Yayasan Mendaki menerima suntikan sumbangan dana $40,000 daripada rangkaian pasar raya FairPrice Group (FPG) bagi usahanya menyokong pelajar memerlukan.



Usaha itu dijangka memberi manfaat kepada sekitar 200 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang dibantu di menerusi Skim Bantuan Sekolah (SAS) ETF.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga pengerusi Mendaki, melahirkan penghargaan terhadap rakan kerjasama Mendaki itu dalam usaha meningkatkan kehidupan masyarakat kurang bernasib baik.



Bercakap kepada media selepas menyaksikan majlis penyampaian cek di FairPrice@Our Tampines Hub pada Ahad, Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata:



"FPG bukan sahaja menyediakan pengalaman membeli-belah untuk masyarakat kita, malah merangsang mereka juga.



"Tidak kira apa sahaja perayaan, Tahun Baru Cina atau Hari Raya, mereka menderma dan membantu golongan memerlukan serta menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sihat.



"Pada masa sama, memandangkan tahun ini merupakan tahun meraikan rakan kerjasama, kami berharap syarikat dan koperatif akan menyumbang kepada usaha merangsang mereka yang memerlukan bantuan kita, bukan sahaja dari segi kewangan dan masa sukarelawan, tetapi juga menerusi cara-cara inovatif, misalnya, bank menyediakan pendidikan mengenai kewangan supaya golongan itu lebih tahu cara berjimat wang dan memikirkan masa depan."



Ketua Pegawai Pemerolehan FPG, Encik Tng Ah Yiam, berkata sumbangan itu dibuat sejajar dengan semangat Ramadan.



"Melebihi menyediakan sokongan kewangan untuk pendidikan anak-anak daripada keluarga bergaji rendah menerusi Mendaki, kami juga berusaha memupuk masyarakat yang lebih peduli dan inklusif.



"Kami berharap usaha kami akan memberi inspirasi kepada perniagaan dan individu agar menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya," ujar beliau.



Sejak kerjasama Mendaki dan FPG dijalin pada 2014, lebih 2,000 pelajar telah dibantu.



Antara mereka yang meraih manfaat daripada bantuan itu ialah Cik Seri Haryati Mohd Arip, 43 tahun, dan tiga anaknya.



Ibu empat anak itu, yang merupakan seorang balu, menerima bantuan ETF sejak anak sulungnya.



"Kami sekeluarga amat lega dan menghargai bantuan yang diberikan ini kerana beban kami akan berkurangan sedikit, memandangkan banyak cabaran dalam hidup kami.



"Pendidikan anak-anak memang saya ambil berat dan saya lega mereka mendapat bantuan menerusi Mendaki, apatah lagi tiga anak saya akan menduduki peperiksaan penting GCE O dan PSLE," ujar Cik Haryati, yang tidak bekerja disebabkan masalah kesihatan, termasuk sakit ginjal.



Setiap tahun, sekitar 7,000 hingga 8,000 pelajar dibantu ETF, dengan 80 peratus daripada mereka menerima sokongan di bawah SAS, yang memberi subsidi pendidikan kepada pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik yang mengikuti program tuisyen biayaan Mendaki.



Sementara itu, 60 cawangan FairPrice akan memberi snek atau kurma percuma kepada pelanggan Muslim sepanjang Ramadan.




"Pada masa sama, memandangkan tahun ini merupakan tahun meraikan rakan kerjasama, kami berharap syarikat dan koperatif akan menyumbang kepada usaha merangsang mereka yang memerlukan bantuan kita, bukan sahaja dari segi kewangan dan masa sukarelawan, tetapi juga menerusi cara-cara inovatif, misalnya, bank menyediakan pendidikan mengenai kewangan supaya golongan itu lebih tahu cara berjimat wang dan memikirkan masa depan."



- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga pengerusi Yayasan Mendaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >