Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faisal enggan jawab pertanyaan mengenai pertemuan dengan Pritam, Sylvia

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



NAIB Pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap, enggan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) meskipun diingatkan beberapa kali oleh jawatankuasa tersebut bahawa tindakan beliau itu boleh dianggap satu kesalahan.



Encik Faishal ditanya mengenai nota-nota yang dibawa beliau termasuk yang telah beliau siapkan mengenai rentetan peristiwa berhubung kenyataan palsu yang dibuat bekas AP WP, Cik Raeesah Khan, di Parlimen.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang merupakan anggota jawatankuasa tersebut, bertanya sekiranya Encik Faisal telah membincangkan kandungan nota tersebut dengan sesiapa.



Encik Faisal menjawab beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua WP, Encik Pritam Singh dan Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, pada dua hari sebelum perbicaraan COP, pada Selasa dan Rabu, bagi kira-kira dua hingga tiga jam setiap kali.



Menurutnya, beliau telah memeriksa tarikh dalam nota tersebut dalam mesyuarat itu bagi memastikan ia adalah tepat.



Encik Tong kemudian bertanya sekiranya Encik Pritam dan Cik Lim membawa lain-lain dokumen bersama mereka ke mesyuarat berkenaan.



Ini mendorong Encik Faisal menanyakan mengenai kerelevanan soalan Encik Tong itu.



"Bagaimanakah ini relevan kepada perkara yang kita bincangkan, Raeesah? Apakah gambaran yang ingin anda berikan? Bolehkah anda memberitahunya kepada saya secara langsung?



"Saya tidak faham mengapa anda bertanya tentang apa yang berlaku, apa yang berlaku antara kami bertiga sedangkan perbincangan ini memberi tumpuan kepada Cik Raeesah. Saya telah pun menjawab tentang tujuan saya membawa nota ini."



Encik Tong berkata jawatankuasa itu sedang menentukan jika ada dokumen relevan lain yang belum dilihat jawatankuasa itu dan mengulangi soalannya. Encik Faisal berkata Encik Pritam dan Cik Lim akan hadapi COP dan akan menjawab soalan-soalan tersebut dan beliau tidak akan menjawabnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >