Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faisal Manap enggan jawab soalan jawatankuasa mengenai mesyuarat bersama Pritam, Sylvia minggu lalu

Dec 12, 2021 | 01:59 AM



NAIB Pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap pada Khamis (9 Disember), berulang kali enggan menjawab soalan daripada jawatankuasa parlimen yang meninjau aduan terhadap mantan Anggota Parlimen (MP), Cik Raeesah Khan.



Ini meskipun Jawatankuasa Hak Istimewa mengingatkannya berkali-kali bahawa keengganan menjawab soalan akan membawa pada satu kesalahan dan merupakan satu penghinaan pada Parlimen, kata jawatankuasa berkenaan dalam laporan khasnya yang dikeluarkan pada Sabtu (11 Disember).



Sewaktu sidang di depan jawatankuasa itu pada Khamis, Encik Faisal ditanya tentang nota yang beliau bawa bersamanya termasuk nota yang disiapkan mengenai susunan peristiwa berkenaan pembohongan Cik Raeesah di Parlimen.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang juga anggota jawatankuasa ini, bertanya kepada Encik Faisal jika beliau berbincang tentang kandungan nota itu dengan sesiapa. 



Encik Faisal menjawab bahawa beliau telah bertemu Ketua WP, Encik Pritam Singh dan Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim dalam masa dua hari sebelum sidang berkenaan, pada Selasa dan Rabu, buat tempoh dua hingga tiga jam setiap kali.



Beliau berkata bahawa dalam mesyuarat itu, beliau telah memeriksa dengan mereka sama ada tarikh dalam nota itu betul.



Encik Tong kemudian bertanya sama ada Encik Pritam dan Cik Lim membawa sebarang dokumen bersama mereka di mesyuarat itu.



Encik Faisal kemudian mempersoalkan relevannya soalan Encik Tong.



“Bagaimana ini relevan dengan perkara yang kita perbualkan tentang Raeesah?



“Apakah yang anda cuba implikasikan, boleh anda beritahu saya secara langsung?” tanya Encik Faisal.



Beliau kemudian menambah:



“Saya tak faham mengapa anda bertanya tentang apa yang disampaikan, apa yang berlaku antara kami bertiga apabila perbincangan kini adalah mengenai Cik Raeesah.



"Saya sudah menjawab anda tentang tujuan saya mempunyai nota ini.”



Encik Tong berkata jawatankuasa ini cuba untuk ambil tahu tentang sama ada wujud dokumen relevan yang tidak dilihat. Beliau kemudian mengulangi soalannya.



Encik Faisal menjawab bahawa Encik Pritam dan Cik Lim akan muncul di hadapan jawatankuasa ini dan akan menjawab soalan itu sendiri.



“Saya tidak berhasrat menjawabnya,” tambahnya.



Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, yang mempengerusikan jawatankuasa ini kemudian mengingatkan Encik Faisal bahawa beliau dipanggil untuk membantu jawatankuasa ini dalam memahami situasi kejadian ini sepenuhnya dan Encik Pritam dan Cik Lim juga akan ditanya soalan yang sama.



“Ini adalah soalan yang adil untuk ditanya, kerana anda adalah sebahagian daripada perbincangan ini.



“Kami cuba memahami sama ada wujud dokumen, sama ada wujud fakta yang kita mungkin tidak sedari ada, yang akan memberi lebih pencerahan mengenai perkara ini,” kata Encik Tan.



Encik Tan juga mengingatkan Encik Faisal bahwa beliau mempunyai kewajipan untuk menjawab soalan jawatankuasa ini dan keengganan berbuat demikian atau percubaan untuk menyelewengkan jawatankuasa ini adalah satu kesalahan dan merupakan penghinaan pada Parlimen.



Encik Tong bertanya soalan ini sekali lagi beberapa kali dan turut bertanya kepada Encik Faisal agar mempertimbangkan keputusannya untuk tidak menjawab soalan itu.



“Ia adalah masalah yang sangat serius jika anda sama ada berdalih atau enggan membantu jawatankuasa ini, justeru adakah anda diharap dapat mempertimbangkannya semula?”



Encik Faisal berkata beliau prihatin beliau mungkin akan secara tidak sengaja memperdaya jawatankuasa itu dengan menjawab soalan itu, memandangkan beliau “tidak bersubahat” pada bentuk dokumen yang dibawa Encik Pritam dan Cik Lim.



Beliau berkata Encik Pritam dan Cik Lim telah membawa dokumen ke mesyuarat tetapi enggan menjawab soalan tentang apakah dokumen berkenaan dan sama ada beliau tahu apakah kandungannya.



Encik Tong berkata beliau bertanya soalan itu bagi memahami sama ada bukti yang diberi Encik Faisal dipengaruhi perbincangannya bersama Encik Pritam dan Cik Lim, atau sama ada segalanya adalah ingatannya sendiri.



Beliau juga akur bahawa bukti yang Encik Faisal beri kepada jawatankuasa ini menggambarkan dirinya sebagai mempunyai "sedikit hingga tiada penglibatan" dalam insiden melibatkan Cik Raeesah.



"Saya cuba memahami mengapa. Ia menyentak saya bahawa, sebagai anggota kanan Parti Pekerja...seseorang dalam kedudukan anda berkeinginan dan berminat untuk mengetahui apa yang berlaku pada parti anda," kata Encik Tong



"Apa yang membuatkan saya ingin tahu tentang nota anda dan bagaimana binaan susunan peristiwanya adalah bagaimana sebenarnya anda boleh tidak banyak penglibatan dalam perkara ini, tetapi boleh meluangkan masa menyiapkan susunan peristiwa?"



Encik Faisal menjawab notanya adalah berdasarkan ingatannya. Beliau juga bersetuju keengganan menjawab soalan itu terakam dalam rekod.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >