ANGGOTA Parlimen (AP) pembangkang, Encik Muhammad Faisal Abdul Manap, menyarankan agar satu jawatankuasa merangkumi wakil pemerintah, AP Melayu dan pemimpin masyarakat dibentuk bagi mencari huraian kepada isu kesetiaan masyarakat Melayu.
Saranan beliau bagaimanapun ditolak dua AP PAP, Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Encik Hawazi Daipi; dan Encik Zainal Sapari (GRC Pasir Ris-Punggol); yang berkata masyarakat Melayu tidak harus membiarkan isu itu membelenggu mereka.