Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: 5.56j pelawat kunjung bazar Raya Geylang

May 14, 2023 | 05:30 AM



SEJUMLAH 5.56 juta pelawat telah mengunjungi Bazar Raya Geylang Serai 2023, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Berkata demikian menerusi catatan Facebooknya pada Sabtu, Dr Faishal berkata beliau juga telah menghadiri Perjumpaan Hari Raya Wisma Geylang Serai (WGS) 2023 bersama 350 tetamu pada Jumaat.



"Acara itu diadakan bagi menyambut kakitangan, peserta, agensi, pekerja dan semua yang telah bekerja keras bagi kempen Raya WGS dan Bazar Raya Geylang Serai 2023.



"Selepas menganjurkan bazar nasional terbesar dengan memanfaatkan teknologi dan penghargaan kepada pasukan agensi keselamatan, saya bangga menyatakan bahawa jumlah pelawat ke bazar adalah seramai 5.56 juta," katanya.



Ruang di WGS sudah disewa 100%



Menurut Dr Faishal kerja-kerja tidak akan berhenti di sini.



"WGS kini berdiri megah selaku masyarakat, sosial, sivik dan nadi budaya Geylang Serai.



"Kami akan terus memperkaya dan mendalami penglibatan serta pendekatan kami dengan masyarakat," katanya.



Dalam catatannya itu Dr Faishal mengumumkan bahawa WGS kini disewa 100 peratus.



"Saya juga telah umumkan penyewa baru WGS - Mutiara Seafood - yang merupakan restoran dengan pensijilan halal oleh Jumbo yang terkenal dengan ketam bercili.



"Terdapat juga OLULU, sebuah kafe dengan pastri berwarna warni dan sesuai untuk disiarkan dalam Instagram.



"Selepas menikmati sajian enak, anda boleh pecahkan kalori di Gympod atau mencuba gimnastik di Rhytimix dan akhir sekali bermain permainan komputer di Clique Gaming.



"WGS kini telah disewa sepenuhnya 100 peratus dan kami menerima semua orang dengan tangan terbuka," tambahnya.



Bazar yang baru lalu dimulakan lebih awal pada 17 Mac dan berlangsung selama 36 hari.



Ini merupakan tempoh paling lama dan terbesar bagi acara itu yang pernah dianjurkan.



Edisi bazar itu bermula dari Pasar Geylang Serai hingga ke Tanjong Katong Complex (TKC), termasuk Haig Road dan Joo Chiat Complex.



Dibahagikan kepada dua kawasan utama, ia menawarkan 700 gerai, termasuk 150 yang menjual makanan dan minuman.



Secara perbandingan, bazar yang diadakan pada 2022 hanya menampilkan 70 gerai akibat sekatan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >