Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal bangga keputusan GCE 'N' pelajar banduan

78% capai lima kelulusan
Dec 21, 2020 | 05:30 AM



DARIPADA seramai 68 pelajar Normal (Akademik) yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'N' dari dalam penjara, 53 berjaya mencapai lima kelulusan.



Daripada jumlah tersebut, 47 memenuhi syarat untuk Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) atau Program Asas Politeknik.



Di bawah program DPP, pelajar yang tamat pengajian kursus Nitec Lanjutan selama dua tahun di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan meraih gred mata purata (GPA) kelayakan minimum dijamin tempat dalam kursus diploma politeknik.



Lagi 43 pelajar Normal (Teknikal) pula berjaya mencapai tiga kelulusan dan layak melanjutkan diri ke Kursus Latihan Pendidikan Berterusan di ITE.



Berkongsi berita baik itu di Facebook, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata beliau bangga dengan pencapaian para pelajar banduan itu.



"Meskipun dengan gangguan yang disebabkan situasi Covid-19, saya bangga berkongsi bahawa para pelajar banduan kita telah meraih pencapaian baik bagi peperiksaan GCE 'N' mereka!



"Terima kasih kepada pasukan guru dan pegawai yang berdedikasi yang telah membantu menjadikan pencapaian ini suatu kemungkinan," tulis Dr Faishal.



Keputusan peperiksaan GCE 'N' telah diumumkan pada 17 Disember lalu, dengan sekitar empat dalam lima pelajar aliran Normal (Akademik) berjaya melangkah ke menengah lima tahun depan, prestasi terbaik dalam peperiksaan GCE peringkat 'N' sejak 2009.



Sekitar 7,240 daripada 9,321 pelajar menengah empat Normal (Akademik) meraih agregat tidak lebih 19 mata dalam Bahasa Inggeris, Matematik serta tiga subjek terbaik lain, dan sekurang-kurangnya gred 5 bagi kesemua subjek yang digunakan dalam menentukan keputusan bagi lima subjek.



Daripada 4,156 pelajar yang menduduki kertas itu, 98.5 peratus lulus tahun ini, kadar kelulusan tertinggi sepanjang dekad.



Hampir setiap pelajar aliran Normal (Akademik) lulus, iaitu 99.7 peratus - peratusan tertinggi dalam masa enam tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >