Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal 'bersembang' dengan penduduk Nee Soon

Apr 05, 2017 | 05:30 AM



DARIPADA isu tempatan berkaitan kawasan perumahan mereka kepada dasar dan isu nasional yang menjejas masyarakat Singapura secara keseluruhannya.



Itulah antara perkara yang dibincangkan beberapa penduduk Melayu di kawasan Nee Soon bersama Anggota Parlimen kawasan undi itu, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam sesi 'Sembang Bersama Prof Faishal' Ahad lalu.



Sesi yang diterajui Dr Faishal itu diadakan buat julung-julung kalinya dan dihadiri lebih 20 penduduk Nee Soon Central Zon 8.



Sesi sekitar dua jam itu turut disokong Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Nee Soon Central.



Dr Faishal memberitahu Berita Harian bahawa beliau merancang mengadakan sesi itu sekurang-kurangnya sebulan sekali di pelbagai tempat di serata GRC Nee Soon bagi mendekati seberapa ramai keluarga Melayu/Islam di kawasan undi tersebut.



"Tujuan utama sesi ini ialah mengeratkan hubungan di kalangan penduduk dan agar mereka dapat mengambil tahu antara satu sama lain.



"Setiap penduduk mempunyai cita rasa berlainan dan saya faham, mereka mungkin tiada masa mengikuti kegiatan masyarakat lain yang biasanya dianjurkan, jadi kami ingin mendekati mereka menerusi cara lain pula.



"Dengan sesi disertai kumpulan penduduk yang kecil seperti ini, penduduk berpeluang memupuk hubungan lebih rapat antara satu sama lain," katanya.



Ini lebih-lebih lagi kerana menurut Dr Faishal, sesi itu bukan sekadar dialog untuk berbincang isu semasa, malah penduduk juga dapat menyertai pelbagai kegiatan yang mereka minati seperti sesi karaoke dan sebagainya.



Meskipun sesetengah penduduk yang menyertai sesi pertama itu tidak mengenali satu sama lain, Dr Faishal berkata beliau senang melihat mereka merancang mahu menganjurkan acara seperti perjumpaan Hari Raya bersama di akhir sesi tersebut.



Antara penduduk yang menghadiri sesi itu ialah Cik Alimah Bibi, 66 tahun.



Beliau, yang baru sehari pulang daripada mengerjakan umrah, berkata: "Saya ingin tahu apa yang dibincangkan dan saya pun tak nak terlepas peluang mengenali jiran saya dengan lebih dekat.



"Saya tinggal di sini sejak 1991, tetapi selepas jiran yang saya kenali meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain, sekarang saya cuma kenal dua jiran Melayu di blok saya.



"Saya rasa penting untuk kenal jiran tetangga kerana kalau ada apa-apa kecemasan, kami boleh saling membantu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >