USAHA mendekati penduduk kawasan utara Singapura agar tampil menyalur sumbangan di ambang Syawal digerakkan dengan pelancaran kotak derma Tabung Amal Aidilfitri (TAA) di pusat beli-belah Northpoint semalam.
Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dan pemimpin akar umbinya mengorak langkah pertama dengan menyalur sumbangan di tengah-tengah kesibukan Pesta Ramadan yang sedang berlangsung di situ.