Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal gesa masyarakat terus sokong usaha antidadah

Restoran martabak, nasi beriani terkenal S'pura antara entiti baru turut serta kempen Dadah Itu Haram
Sep 15, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim menggesa masyarakat untuk terus memberi sokongan terhadap usaha negara dalam menangani penyalahgunaan dadah.



Menurut beliau, selain berbahaya, dadah telah membawa banyak kemudaratan kepada individu, keluarga dan masyarakat.



"Saya telah menyaksikan banyak keluarga musnah, hubungan terputus, anak-anak yang tidak berdosa terabai dan membesar tanpa ibu bapa di sisi mereka serta nyawa yang tersia-sia begitu sahaja.



"Sememangnya semua ini amat tidak berbaloi," tulis Dr Faishal dalam posnya di Facebook.



Beliau akan menerajui kempen Dadah Itu Haram yang dilancarkan buat kali pertama pada April 2017 oleh mantan pemegang jawatan politik dan Anggota Parlimen (AP), Encik Amrin Amin.



Kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai bahaya dadah, punca ketagihan, cara untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam gejala tersebut.



Menerusi inisiatif ini, ia turut berharap dapat membantu bekas banduan berintegrasi semula dalam masyarakat.



Sejak diperkenalkan, banyak usaha telah dilakukan demi meluaskan lagi penyebaran mesej 'Dadah Itu Haram'.



Ini termasuk melibatkan badan-badan Melayu/Islam selain menyaksikan kerjasama antara badan pelbagai latar belakang dalam mengusahakan serta menyokong kempen antidadah tersebut.



Antara perusahaan Melayu/Islam yang turut menyertai usaha menyampaikan mesej tegas mengenai bahaya dadah, terutama dalam kalangan masyarakat baru-baru ini adalah restoran martabak dan nasi beriani terkenal di Singapura - restoran Al-Tasneem, Victory dan Zam Zam.



Mulai minggu lalu, ketiga-tiga restoran itu menggunakan beg plastik yang memaparkan pesanan Dadah Itu Haram.



Usaha mendekati masyarakat ini turut menyaksikan beberapa konsert yang menyampaikan mesej Dadah Itu Haram diadakan di sini.



Ia menampilkan artis Singapura dan dari seberang tambak, serta melibatkan ikon berpengaruh supaya mereka dapat bersatu untuk membantu menyebarkan mesej antidadah dalam usaha melawan kancah dadah di negara ini.



Selain konsert, kempen Dadah Itu Haram jua melibatkan selebriti tempatan seperti Aaron Aziz yang turut serta sebagai pempengaruh antidadah.



Beliau merupakan antara selebriti yang aktif mendampingi pesalah dadah dalam perjalanan memperkasakan diri mereka.



Baru-baru ini, Aaron telah menyampaikan kata-kata nasihat dan motivasi menerusi panggilan Zoom kepada sekitar 200 kakitangan dan penghuni di rumah peralihan Pertapis dan Jamiyah sebagai sebahagian daripada siri Inspirasi 'Dadah Itu Haram'.



Dr Faishal, yang berharap lebih ramai akan turut menunjukkan sokongan mereka, berkata:



"Sertai saya dalam usaha membasmi penyalahgunaan dadah. Bersama-sama kita teguh bersatu menentang penyalahgunaan dadah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >