Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Golongan asatizah SG gigih berusaha kekal relevan

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN asatizah Singapura telah memaparkan kegigihan tinggi untuk terus kekal relevan dalam dunia kompleks yang pesat berubah, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Lebih daripada itu, dengan adanya landasan seperti M Kuasa Tiga (M³) dan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa), asatizah kini mempunyai pelbagai peluang untuk menyumbang dengan lebih meluas kepada usaha membentuk masyarakat Melayu/Islam yang cemerlang, tambahnya.



Beliau berkata demikian sambil menekankan lagi peranan penting asatizah dalam pembangunan negara dan masyarakat di luar tempoh pandemik untuk jangka masa lebih panjang.



"Asatizah perlu terus kekal relevan dalam pembangunan Singapura dan masyarakat kita.



"Saya gembira lihat ramai yang dah turun padang (untuk membantu), hingga ada yang mengorbankan pendapatan mereka demi membantu masyarakat dan ini satu perkara yang perlu diiktiraf.



"Kami juga akan mencari jalan terbaik untuk membantu anda," katanya semasa dialog Berita Harian (BH) yang diadakan semalam.



Dialog selama dua jam itu bertujuan membuka ruang bagi asatizah mengemukakan keprihatinan mereka.



Antara isu utama yang timbul termasuk kos kehidupan yang semakin meningkat, usaha memperhalusi kurikulum pendidikan Islam dan menetapkan hala tuju serta matlamat lebih jelas bagi sistem pendidikan Islam Singapura.



Seramai 13 asatizah terlibat dalam dialog tersebut.



Mereka terdiri daripada: Tokoh agama veteran dan Kadi Ustaz Pasuni Maulan; Pegawai Eksekutif Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq), Ustaz Achmed Fahdly Mohamed Kamsari; Ketua Pejabat Imam di Masjid Al-Ansar, Ustaz Imran Othman; Pengasas syarikat Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli; Pengarah Yusri Yusoff Consulting, Ustaz Yusri Yubhi Md Yusoff; Ketua Jabatan Dakwah di Masjid Al-Taqua, Ustaz Abdul Manaf Rahmat; pendakwah bebas, Ustazah Syariati Sulaiman; Pengasas Inspirations, Ustazah Shameem Sultanah Abdul Gaffoor; pensyarah di Pergeraq, Ustazah Norlin Mohamed Noor; pensyarah bebas, Ustazah Dr Rohana Ithnin.



Ia dikendalikan moderator, Penolong Editor Berita Harian, Encik Mohd Nizam Ismail.



Selain Dr Faishal, sesi dialog tersebut turut disertai Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Menurut Encik Zhulkarnain, peranan asatizah kini lebih menyeluruh dan memberi kesan yang mendalam dalam semua aspek kehidupan masyarakat.



"Ramai asatizah raih peluang perkasa diri demi membantu masyarakat terutama sekali dalam isu kontemporari.



"Pada masa yang sama, anggota masyarakat perlu terus menyokong dan kerjasama dengan pihak asatizah dan juga Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) supaya sama-sama dapat tempuhi cabaran akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >