Faishal: Guna PMD dengan tanggungjawab bagi manfaat semua, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Faishal: Guna PMD dengan tanggungjawab bagi manfaat semua

Beri contoh amalan terbaik syarikat penghantaran Deliveroo yang turut beli insurans untuk pekerja
Aug 22, 2018 | 05:30 AM

PENGGUNAAN alat mobiliti peribadi (PMD) yang bertanggungjawab boleh memberi manfaat kepada semua, termasuk perniagaan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menulis di Facebook semalam, beliau memberi contoh syarikat penghantaran makanan Deliveroo yang menggalak pekerja mereka yang menggunakan PMD - seperti basikal dan skuter elektrik (e-skuter) - mengamalkan tabiat menunggang dengan selamat.

Malah, syarikat itu juga membeli insurans untuk pekerjanya, tambah Dr Faishal.

"Pihak pengurusan Deliveroo menunjukkan kami beberapa amalan terbaik mereka dan memberi jaminan kepada kami bahawa mereka mengambil kebajikan penunggang mereka dan keselamatan semua pengguna laluan awam dengan serius.

"#DidYouKnow (#TahukahAnda) bahawa semua penunggangnya digalak menyertai Program Menunggang Dengan Selamat?" kata beliau.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam catatan Facebooknya itu, Dr Fasihal berkata dari masa ke masa, beliau menerima maklum balas yang melahirkan keprihatinan tentang sama ada penunggang penghantaran makanan menunggang alat mereka dengan selamat dan bertanggungjawab.

Beliau, yang juga pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap), dan sekumpulan anggota panel itu telah menemui kakitangan Deliveroo baru-baru ini.

Dr Faishal berkata Deliveroo sedang bekerja rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) demi memastikan penunggang mereka sentiasa mendapat maklumat terkini tentang peraturan mobiliti aktif dan tatalaku.

Tambahnya, beliau amat gembira Deliveroo juga berusaha mendapatkan perlindungan insurans bagi semua penunggangnya di serata dunia.

"Insurans itu meliputi perbelanjaan perubatan peribadi penunggang sekiranya kemalangan berlaku dan juga tuntutan liabiliti pihak ketiga sehingga AS$1.5 juta ($2.05 juta). Deliveroo memberi contoh baik kepada industri!" kata beliau.

Dr Faishal berkata apabila semua pengguna laluan awam mengambil tanggungjawab dan menunjukkan keprihatinan untuk satu sama lain, "kita akan menjadi setapak lebih dekat ke arah membina sebuah budaya berbasikal dan menunggang yang selamat di Singapura!".

Dalam satu laporan Jun lalu, Dr Faishal berkata pengguna PMD yang membahayakan keselamatan orang sekeliling akan dikenakan tindakan undang-undang menyusuli beberapa insiden melibatkan PMD.

Ini termasuk insiden bekas ratu cantik Elite Mrs Singapore Asean 2016, Cik Cassandra Ho, yang cedera ekoran dilanggar e-skuter di laluan pejalan kaki berdekatan Taman Bishan-Ang Mo Kio.

LTA juga telah mempertingkat penguatkuasaan dengan memantau kawasan yang mempunyai jumlah pejalan kaki dan penunggang basikal yang tinggi.

Laporan itu juga berkata Amap telah tamat menjalankan siri perundingan awam untuk mendapatkan maklum balas orang ramai tentang cara penggunaan selamat basikal dan PMD.

Maklum balas itu akan diambil kira apabila panel membuat saranan kepada pemerintah mengenai kemungkinan penggubalan peraturan sedia ada berhubung penggunaan basikal dan PMD.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map