Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Guru berperanan lahir pelajar tajam pemikiran

Mar 20, 2019 | 05:30 AM



PENTING untuk para guru bahasa Melayu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan agar dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja tajam pemikiran tetapi juga mendakap nilai ingin belajar sepanjang hayat.



Ini dapat dilakukan dengan menjadikan Amalan Pengajaran Singapura (STP) sebagai panduan dalam konteks persekitaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.



Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pendidikan (MOE) merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim menekankan demikian sebagai merujuk kepada perubahan pada landskap pendidikan yang diumumkan MOE baru-baru ini.



Ia termasuk sistem penyaluran yang akan dihentikan menjelang 2024 dan bakal digantikan dengan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB Penuh) serta band pemarkahan yang diperbaharui bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang akan bermula dalam masa dua tahun lagi.



Berucap semasa Seminar Bahasa Melayu 2019 yang diadakan di Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan (MOELC) di Bishan semalam, Dr Faishal mengalu-alukan usaha Bahasa Melayu Singapura (MLCS) menerbitkan buku rujukan berkaitan STP.



Berjudul 'Amalan Pengajaran Bahasa Melayu di Singapura', buku itu yang mengandungi 37 kertas kajian yang berlandaskan STP hasil usaha guru sekolah rendah dan sekolah menengah dengan bertujuan menyokong para guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.



"Para pendidik kita harus berusaha melaksanakan pendekatan dan kaedah pengajaran serta penilaian yang disarankan STP bagi memastikan kita 'berdiri sama tinggi' dengan guru-guru yang mengajar subjek lain," katanya.



Model pengajaran STP menggalakkan guru menyelaraskan teori dengan amalan pengajaran supaya kaedah yang digunakan sentiasa relevan dan menyeronokkan.



Perubahan kepada sistem pendidikan ini, kata Dr Faishal juga, akan mengajar para pelajar agar tidak belajar hanya untuk keperluan peperiksaan semata-mata tetapi juga dididik untuk menghargai tujuan pembangunan dan kecekapan diri.



Kata Dr Faishal, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC):



"Untuk meningkatkan peluang anak-anak berjaya dalam kehidupan, kita harus memupuk sikap ingin tahu, membina keupayaan menyesuaikan diri dalam suasana alam sekitar, pekerjaan dan kehidupan yang sering berubah.



"Pemikiran asas seperti ini perlu disemai sejak kecil agar anak-anak kita berdaya bingkas dan berjaya mengharungi perubahan yang berlaku."



Selain buku rujukan, tiga lagi bahan penerbitan telah dilancarkan.



Ini termasuk buku 'Penulisan Karangan Berdasarkan Gambar Bersiri' yang menyokong keperluan pembelajaran murid-murid Darjah 3 hingga 6; pakej bermain sambil belajar 'Bijak Bahasa Bestari Budaya' serta pakej video wawancara.



Pakej video berjudul 'Bicara Budiman: Sarkasi Said' itu merakamkan perjalanan hidup, falsafah, pencapaian dan sumbangan besar tokoh batik tersohor negara, Encik Sarkasi Said.



Mengulas tentang video itu, Encik Sarkasi berkata beliau terharu adanya usaha untuk mendidik para pelajar tentang budaya batik ini.



"Kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.



"Dengan adanya usaha ini, ia bak satu jambatan agar pelajar dapat mengetahui dan diharapkan dapat dipertingkat keupayaan mereka untuk terus mengenali budaya ini," ujarnya.



Seminar Bahasa Melayu yang dianjurkan MLCS buat kali kesembilan tahun ini juga menyokong usaha Akademi Guru Singapura dalam melaksanakan STP dalam kalangan guru.



Semasa seminar tersebut yang dihadiri sekitar 500 guru Melayu setempat, sebanyak 126 guru telah menyampaikan 54 kertas kajian yang menerapkan STP dalam pengajaran bilik darjah sebagai sebahagian daripada proses kajian mereka.



Antara guru yang membuat penyampaian ialah Cikgu Nuradilah Abdul Wahid, 33 tahun dan Cikgu Ruhaidah Rahmat, 39 tahun dari Sekolah Rendah Fengshan.



Mereka telah berkongsi cara menggalakkan murid meluaskan isi karangan dengan menggunakan pendekatan 5W1H (siapa, apa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana) khusus bagi pelajar pra aras kebolehan atau pelajar lemah.



"Kami menyediakan templat dengan menyertakan 5W1H ini agar mudah untuk pelajar mengingatinya selain memastikan isi karangan yang lebih tersusun dan lengkap," kata Cikgu Nuradilah.



Tambah Cikgu Ruhaidah, keputusan pelajar juga lebih baik selepas mengikuti pendekatan tersebut.



"Dari segi isi karangan, ia kini lebih mempat kerana memenuhi segala keperluan seperti aspek tempat, masa dan juga perkembangan watak," ujarnya.



MLCS juga telah melatih sekitar 250 guru sejak lewat tahun lepas agar pengajaran yang berlandaskan STP lebih teratur, berkesan, dan menyeronokkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >