Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Faishal harap banduan duduki peperiksaan raih keputusan cemerlang

Sep 20, 2023 | 03:24 PM



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar banduan dari Sekolah Penjara kerana mereka bersiap sedia untuk peperiksaan kebangsaan tahun ini.

Menerusi hantarannya di Facebook, Dr Faishal berkata hasil perbualannya dengan beberapa pelajar ini, mereka menyedari “pendidikan adalah kunci kepada kehidupan yang lebih”, selain berusaha memperbaiki diri.

Selain membuat persediaan peperiksaan dengan tekun, mereka turut mengambil bahagian dalam program seperti ‘Motivasi untuk Perubahan’ dan ‘Latihan Kemahiran Sosial’.

Melalui daya usaha sebegini tambah Dr Faishal, para banduan dapat mengasah kemahiran penting termasuk kawalan diri dan kemahiran membuat keputusan, dengan matlamat untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

“Selain daripada berharap agar mereka lulus dengan cemerlang, saya harap mereka juga akan mencapai impian dan rancangan masa depan mereka, dan menjalani kehidupan yang bebas jenayah,” kata Dr Faishal dalam hantarannya itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >