Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Hargai peranan rangkaian CARE bantu bekas pesalah

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



DALAM keadaan mencabar disebabkan pandemik Covid-19, Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE) masih terus memainkan peranan penting dalam usaha menyokong dan membantu bekas pesalah berintegrasi semula ke dalam masyarakat.



Cabaran ini dapat diatasi dengan kaedah inovatif yang telah diperkenalkan organisasi dan rakan kongsi rangkaian tersebut.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata beliau gembira melihat rakan kongsi Rangkaian CARE menyesuaikan proses kerja mereka supaya dapat terus membantu bekas pesalah dan keluarga mereka.



Rangkaian CARE ditubuhkan dengan tujuan mempertingkat keberkesanan pemulihan bekas pesalah di Singapura.



Lebih 100 rakan kongsi masyarakat yang merupakan sebahagian daripada rangkaian tersebut menyediakan sokongan menyelaras bekas pesalah serta keluarga mereka.



"Kaedah inovatif yang diperkenalkan membantu dalam memastikan mereka kekal fokus kepada matlamat utama mereka, iaitu menjaga kesejahteraan bekas pesalah dan keluarga mereka," kata Dr Faishal dalam ucapannya sewaktu majlis sambutan ulang tahun ke-20 Rangkaian Care semalam.



Beliau memberi contoh bagaimana Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (Iscos) telah mengambil pendekatan berlainan untuk kekal berhubung dengan penerima bantuan mereka sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan.



"Oleh kerana Pusat Iscos terpaksa ditutup sewaktu tempoh pemutus litar, Iscos telah menelefon setiap benefisiari mereka secara individu untuk memastikan keperluan mereka terus terjaga. Ia satu perkara yang baik," jelasnya lagi.



Selain menjaga kesejahteraan sosio-emosi bekas pesalah ini serta keluarga mereka, Dr Faishal menambah Iscos juga telah mendekati penerima bantuan mereka secara aktif, terutama mereka yang tidak mempunyai pekerjaan sepanjang tempoh pandemik ini.



Mereka telah mengagihkan sebanyak 105 pek penjagaan yang berisi barang keperluan, baucar dan buku, untuk menyokong benefisiari yang terjejas.



Dr Faishal turut memuji usaha dan komitmen yang ditunjukkan pihak berkepentingan bagi pemulihan dan integrasi semula bekas pesalah dalam masyarakat Singapura.



Ini dapat dilihat dalam pengurangan kadar kebentanan di kalangan bekas pesalah yang turun kepada 24 peratus bagi kohort pelepasan 2017, berbanding 40 peratus dua dekad lalu.



Mengulas, Dr Faishal berkata:



"Memandang ke hadapan dalam tempoh 20 tahun, visi Rangkaian Care kekal sama: untuk memberikan harapan, keyakinan dan peluang untuk bekas pesalah, sehingga mereka dapat berpaling dari kejahatan dan mencari jalan hidup baru.



"Beberapa tahun selepas pesalah dibebas sangat penting.



"Ujian sebenar transformasi bekas pesalah ini bukan di penjara, tetapi di dalam kalangan masyarakat di mana beliau akan menghadapi godaan dan cabaran, serta kesulitan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >