PESTA BELIA SINGAPURA (SYF) 2016
Faishal hargai semangat pelajar berlatih
Jun 25, 2016 | 05:30 AM
SEMANGAT dan komitmen pelajar yang berlatih bagi persembahan Pesta Belia Singapura (SYF) menunjukkan mereka mempunyai daya tahan yang kukuh, kata Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.
Ini termasuk pelajar Islam yang menjalani latihan berjam-jam sementara berpuasa sepanjang hari Ramadan ini.