Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Ibu bapa main peranan dalam penggunaan dwibahasa

May 06, 2017 | 07:55 PM



IBU bapa harus memainkan peranan dalam memupuk penggunaan dwibahasa – bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda – yang baik dalam anak sejak mereka kecil lagi, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.





Ditemui semasa majlis pelantikan Rakan Bahasa di auditorium kampus Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) tadi, beliau turut menekankan kepentingan bagi ibu bapa mewujudkan sekitaran yang padat dan positif untuk anak-anak membangun.



“Apa yang penting adalah bagaimana kita boleh menegakkan bukan saja bahasa dan budaya kita tetapi mempunyai matlamat sebagai keluarga tentang bagaimana kita mahu membangunkan anak-anak supaya mereka boleh berdwibahasa – bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda. 



“Ini harus dilakukan sejak awal lagi apabila anak-anak masih kecil supaya kita boleh memberikan suatu pendedahan yang positif dan membangun kepada mereka,” kata beliau.



Seramai 161 pelajar dari 81 sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan madrasah dilantik sebagai Rakan Bahasa.



Sempena Bulan Bahasa setiap tahun, Rakan Bahasa dilantik demi menggalak pelajar menyebarkan rasa cinta dan minat pada bahasa dan budaya Melayu dalam kalangan rakan-rakan mereka dan menganjurkan kegiatan berkaitan bahasa Melayu di peringkat sekolah dan masyarakat.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >