Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Keganasan terhadap wanita perlu dikaji

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



KESAN ekstremisme dan pengganasan ke atas wanita perlu dikaji dengan lebih lanjut, menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau berkata demikian semalam selepas menyertai seminar menentang ekstremisme ganas (CVE) anjuran Taman Bacaan.



Seminar tersebut, berjudul "Wanita dan Radikalisasi" disertai kaunselor Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACG) yang terlibat dalam kes-kes Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



"Cara-cara ekstremisme ganas dan pengganasan meninggalkan kesan terhadap wanita, sama ada yang menjadi mangsa atau pelaku sendiri, kurang diteroka," tulis Dr Faishal melalui pos di Facebook.



Menurut Dr Faishal, peserta seminar tersebut juga berpeluang membincangkan filem 'Seeking the Imam' yang menceritakan tentang wanita dan radikalisasi.



Tambahnya, sejak ditubuhkan pada 2002, ACG telah memberikan sokongan yang diperlukan keluarga warga Singapura yang ditangkap kerana terlibat dalam rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).



"ACG juga berusaha untuk menjaga kesejahteraan emosi dan sosio-ekonomi individu yang ditangkap dan keluarga mereka," katanya.



Beliau mengalu-alukan usaha Taman Bacaan mengadakan sesi tersebut dan berkata:



"Usaha berterusan Taman Bacaan dan ACG dalam membina keupayaan masyarakat dan juga mengukuhkan keharmonian sosial memang wajar dipuji."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >