KESEDARAN tentang peri pentingnya kesihatan dan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Singapura kini semakin meningkat.
Ini dipermudahkan dengan adanya pelbagai inisiatif kesihatan yang dilakar dan dilaksanakan agensi-agensi kesihatan, seperti Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan Kementerian Kesihatan (MOH), melalui pelibatan beberapa institusi Melayu/Islam di sini.