Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal kongsi gembira keputusan GCE 'O' pelajar banduan

Jan 13, 2021 | 12:51 AM



DARIPADA sejumlah 53 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' dalam penjara tahun lalu, 42 daripada mereka mendapat sekurang-kurangnya tiga atau lebih kelulusan peringkat 'O'.



Kegembiraan melihat pencapaian tersebut dikongsi Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam catatan Facebook beliau pada Selasa (12 Januari), selepas mengunjungi pelajar ini dan berbual dengan mereka.



"Pendidikan bukan hanya proses meraih gred yang baik. Ia menggambarkan tentang perkembangan dan pertumbuhan peribadi.



"Saya gembira pelajar-pelajar ini menunjukkan sikap positif dan mempunyai kesungguhan menguasai proses pemulihan mereka dengan menetapkan matlamat pendidikan. Saya sangat bangga dengan pencapaian mereka.



"Sekolah Penjara memainkan peranan penting dalam membantu banduan memburu peluang akademik. Ini akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan setelah dibebaskan dari penjara, sesuatu yang penting dalam membantu mereka kembali, menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mengelakkan diri mereka daripada mengulangi kesalahan lagi.



"2020 adalah tahun mencabar buat pelajar termasuk mereka di Sekolah Penjara. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pegawai-pegawai Khidmat Penjara Singapura (SPS), guru dan sukarelawan yang telah membantu pelajar-pelajar ini sepanjang perjalanan mereka, memastikan pembelajaran dan persiapan bagi peperiksaan ini tidak terlalu terganggu sewaktu keadaan Covid-19," tulis Dr Faishal.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >