Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal mahu bawa WGS ke tahap lebih tinggi

Kawasan persekitaran Wisma Geylang Serai akan dikembangkan seperti Little India untuk memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat
WGS
Oct 19, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Faishal Ibrahim, berkata beliau bukan hanya akan membawa Wisma Geylang Serai (WGS) ke tahap lebih tinggi pasca-Covid-19, tetapi juga turut mengembangkan kawasan persekitaran WGS seperti kawasan Little India untuk memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat.



Bercakap kepada Berita Harian, Profesor Faishal berkata WGS akan menjadi satu pusat bagi seluruh kawasan itu dan akan menampilkan lebih banyak aktiviti dan acara hibrid - fizikal dan dalam talian untuk menjangkau lebih ramai dalam masyarakat.



"WGS ini adalah pusat kebudayaan dan seni masyarakat Melayu kita yang kini menjadi lambang Singapura. Namun begitu, saya juga perhatikan bahawa pusat ini juga mempunyai ramai pengunjung daripada pelbagai kaum. Ini menunjukkan WGS adalah satu pusat bagi ramai untuk berkumpul dan meluangkan masa.



"Walaupun WGS kini merupakan ikon di kawasan ini, saya berharap dapat mengembangkan persekitaran kawasan itu untuk terus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik bagi masyarakat.



"Untuk melakukan demikian, saya akan bekerjasama bersama Dr Maliki untuk menjadikan WGS sebuah pusat dan terus mengembangkan kawasan sekitar Geylang Serai," katanya.



Baru-baru ini, Profesor Faishal telah mengambil alih tugas Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, yang telah tujuh tahun memimpin WGS.



Walaupun tidak dapat mengadakan beberapa acara seperti biasa di tengah-tengah pandemik ini, Profesor Faishal berkata pasukannya melakukan banyak penyesuaian untuk mengalihan acara-acara ini dalam talian.



Menurutnya, selepas Ramadan dan Hari Raya, pasukannya menerbitkan beberapa rancangan dalam talian walaupun dalam skala sederhana.



Antaranya termasuk Akustik @ Persada Budaya, Dari Dapur WGS bersama Cef Mel Dean, Doktor Cakap dan lain-lain lagi.



"Sejak Ramadan, kami telah menerbitkan rancangan-rancangan yang sesuai ditonton oleh masyarakat dan telah mendapat lebih daripada lima juta penonton setakat ini.



"Walaupun sekarang WGS mungkin kelihatan kosong, kami masih lagi berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube," jelasnya.



Dengan respons yang baik bagi pelbagai acara yang ditawarkan dalam talian, Profesor Faishal berkata ia memberi peluang baginya untuk meneroka pilihan alternatif seperti penglibatan masyarakat dalam talian.



"Kita sedang memikirkan bagaimana untuk teruskan usaha mendekati masyarakat bukan hanya sekarang, tetapi setelah keadaan sudah pulih.



"Dalam masa akan datang, terdapat kemungkinan kita mengadakan kededua acara dalam talian dan secara fizikal untuk menjangkau lebih ramai orang," ujarnya.



Walaupun WGS berdebar menantikan 'lampu hijau' membuka WGS semula, Profesor Faishal sedang dalam perbincangan untuk bekerjasama dengan beberapa agensi untuk menawarkan khidmat yang lebih baik kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >