PASANGAN yang telah mendirikan rumah tangga, terutama yang lebih muda, perlu mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh perkahwinan mereka, kata Setiausaha Parlimen Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Menulis di ruang blog msfconversations, Dr Faishal menggesa pasangan yang telah berumah tangga bekerjasama demi menyelesaikan konflik demi membangun serta menyesuaikan diri dan menerima satu sama lain.