SETIAUSAHA Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim akan dinaik pangkat menjadi Setiausaha Parlimen Kanan.
Beliau akan kekal dalam kementerian beliau yang sekarang.
Sementara itu, Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin pula akan diberi tanggungjawab baru sebagai Setiausaha Parlimen (Kesihatan).
Beliau akan meneruskan jawatannya di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Ini merupakan antara perubahan kabinet yang diumumkan dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini (27 April), dan akan berkuatkuasa pada 1 Mei ini.