Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU ALAT MOBILITI PERIBADI DI SINGAPURA

Faishal: Pengguna PMD cuai akan dikena tindakan

Jun 09, 2018 | 05:30 AM



PENGGUNA alat mobiliti peribadi (PMD) yang membahayakan keselamatan orang sekeliling akan dikenakan tindakan undang-undang, tekan Pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap), Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Faishal berkata demikian di Facebook selepas melawat bekas ratu cantik Elite Mrs Singapore Asean 2016, Cik Cassandra Ho, di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Kepala dan muka Cik Ho cedera ekoran dilanggar e-skuter di laluan pejalan kaki berdekatan Taman Bishan-Ang Mo Kio.



Dr Faishal tersentuh mendengar bahawa Cik Ho menyifatkan pengalaman itu sebagai peluang mendekati dan membuat lebih ramai orang sedar tentang peri pentingnya menjadi pengguna PMD bertanggungjawab.



Cik Ho relawan aktif kumpulan pengawasan mobiliti Paya Lebar.



"Semua boleh menggunakan laluan secara bersama, menjaga satu sama lain dan mengongsi sumber terhad yang kita miliki," ujar Dr Faishal.



Beliau menambah bahawa, dengan pendidikan berterusan dan usaha penguatkuasaan, budaya menunggang yang bertanggungjawab dan selamat dapat dipupuk di Singapura.



Kemalangan melibatkan PMD di laluan awam terus meningkat, dengan sebanyak 128 kes dicatat tahun lalu.



Mac lalu, seorang wanita cedera teruk selepas kejadian langgar lari e-skuter di Bedok.



April lalu, dalam kes berasingan, hidung wanita berusia 65 tahun calar dan badannya lebam selepas e-skuter melanggarnya.



Sebagai tindak balas, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mempertingkat penguatkuasaan.



Mereka memantau kawasan yang mempunyai jumlah pejalan kaki dan penunggang basikal yang tinggi.



Amap juga baru sahaja tamat siri perundingan awam untuk mendapatkan maklum balas orang ramai tentang cara penggunaan selamat basikal dan PMD.



Maklum balas itu akan diambil kira apabila panel membuat saranan kepada pemerintah tentang kemungkinan penggubalan peraturan sedia ada berhubung penggunaan basikal dan PMD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >